ARTIKEL

WILLIE menerima cenderahati daripada Josipah semasa kunjungan hormat KEMAS Sarawak di pusat khidmatnya di Puncak Borneo.

Program Santunan Desa dianjurkan di Kampung Taba Sait

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarawak memilih Skim Penempatan Semula Bengoh, Kampung Taba Sait sebagai lokasi penganjuran Program Santunan Desa yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Ogos depan.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin dijangka hadir menyempurnakan perasmian pada hari terakhir program.

Beliau ketika menerima kunjungan hormat rombongan KEMAS Sarawak diketuai Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan Komuniti dan Pendidikan Kemahiran, Josipah Sabas menyambut baik penganjuran program berkenaan di kawasannya.

Bagi Josipah, Program Santunan Desa merupakan inisiatif KEMAS untuk memperkukuh kesejahteraan komuniti luar bandar melalui pendekatan menyeluruh yang meliputi aspek pendidikan, keusahawanan, pembangunan sosial dan keterlibatan komuniti.

Program katanya, menyasarkan penyampaian perkhidmatan secara langsung daripada pelbagai agensi kerajaan kepada masyarakat setempat.

Jelasnya, program kali ini turut memberi fokus kepada pembangunan ekonomi masyarakat melalui penyertaan usahawan dan pendedahan kepada peluang keusahawanan yang disediakan oleh pelbagai agensi.

Josipah mengalu-alukan penduduk kampung sekitar serta komuniti berhampiran untuk memeriahkan program dan menikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan.

Pelaksanaan program ini diharapkan mampu meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan memupuk semangat perpaduan serta kerjasama dalam kalangan komuniti setempat.

Terdahulu diadakan mesyuarat persediaan bagi menjayakan program di Pejabat KEMAS Puncak Borneo.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha