ARTIKEL

Program SMART SBB tingkat hasil padi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Kerjasama dalam meningkatkan pengeluaran padi di Bahagian Simanggang menunjukkan hasil memberangsangkan.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Sayed Ismail Nasiruddin Wan Hashim berkata, bagi memastikan produktiviti padi negara terus meningkat, dua syarikat peneraju membuat Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pihak kementerian iaitu BERNAS dan Syarikat Advansia (Sarawak) Sdn Bhd sebelum ini.

“Melalui Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar melaksanakan penyiasatan pengeluaran hasil padi bagi beberapa kawasan plot petak padi kedua-dua pemain industri pertanian itu.

“Usaha itu mencatat pengeluaran hasil memberangsangkan iaitu purata 4.5 tan per hektar pada 2022, berbanding tanaman padi variati moden 4.0 tan per hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Program SMART SBB sempena Pesta Menuai Padi Luar Musim 2023 di sini, semalam.

Jelasnya, dalam memampankan kelestarian pengeluaran padi negara, beberapa faktor penting yang wajar diambil perhatian seperti pengurusan teknologi, sumber air, tanah serta kemudahan asas.

Semua itu katanya merupakan cabaran besar selain kerjasama erat daripada semua peringkat.

Menurut Sayed Ismail, cadangan pembangunan jelapang padi di Bahagian Simanggang seluas 1,500 hektar sedang dibangunkan di bawah pakej Stumbin-Bijat Fasa Satu (Tanjung Bijat, Stumbin, Gran dan Entulang) yang sudah dilengkapi dengan sistem pengairan yang baik.

“Sementara Pakej Dua StumbinBijat (Seduku), projek masih dalam reka bentuk yang dijangka siap di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) nanti.

“Penyediaan infrastruktur sesuai amat penting bagi meningkatkan sosioekonomi petani di kawasan tersebut.

“Kementerian Pertanian dan Kerterjaminan Makanan (KPKM) melalui IADA Batang Lupar terus membangunkan kawasan pertanian secara berperingkat dalam tempoh RMK-12 hingga RMK-13,” ujarnya.

Terdahulu Pengarah IADA Batang Lupar Irene Lah berkata, melalui Program SMART SBB terkini luar musim 2023, Crop Cutting Survey (CCS) IADA Batang Lupar mencatat rekod purata hasil sebanyak 5.5 tan metrik per hektar bagi padi MR269.

“Ini menunjukkan amalan pertanian baik dan menggunakan automasi dan mekanisme yang sesuai mampu meningkatkan pengeluaran padi.

“Secara tidak langsung, ia mampu membantu pertumbuhan ekonomi negara dan mengurang kebergantungan kepada beras import,” tambahnya.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Khas Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA), Datuk Indit Bangai.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan