ARTIKEL

Sekitar rakaman semasa Program Ziarah Kasih Ramadan 2026 berlangsung di Kampung Stapok, di sini.

Program Ziarah Kasih Ramadan santuni penduduk Kampung Stapok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 21 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima sumbangan sempena Program Ziarah Kasih Ramadan 2026 yang dilaksanakan di Kampung Stapok, dekat sini.

Program yang memasuki edisi keenam itu dianjurkan secara tahunan bagi menyantuni penduduk yang memerlukan termasuk warga emas, pesakit kronik, Orang Kurang Upaya (OKU) serta golongan balu.

Kejayaan program tersebut juga adalah hasil kerjasama erat gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Kampung Stapok merangkumi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Biro Wanita dan Biro Belia.

Ketua Kampung Stapok, Roslan Jamali juga merakamkan penghargaan kepada semua ahli gabungan atas usaha murni serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan program berkenaan.

“Ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada Timbalan Premier merangkap ADUN Batu Kawa, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian atas pemberian geran tahunan yang membolehkan aktiviti kebajikan ini terus dilaksanakan setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi Wanita dan Belia, Nita Hamid serta Setiausaha KRT, Osman Amit bersama seluruh jawatankuasa yang telah memberikan kerjasama penuh bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

“Semoga usaha murni ini dapat meringankan beban para penerima di samping terus memperkukuh ukhuwah dalam kalangan penduduk Kampung Stapok. Kerjasama semua pihak amat dihargai,” ujarnya.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah