ARTIKEL

Projek ART berjalan lancar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Proses pentadbiran dan pengolahan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Transit Aliran Autonomi (ART) di bawah Sarawak Metro setakat ini berjalan lancar.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, ia hasil penelitian dalam latihan pembuktian konsep (POC) yang dilaksanakan bersama Ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat Kota Samarahan pada semalam.

“Latihan ini bagi memastikan projek sebenar dapat diikuti dari segi aspek pembinaan laluannya, dari segi sudut ART itu sendiri dapat memenuhi seperti yang ditetapkan apabila siap sepenuhnya nanti.
“Harapan kita supaya kemudahan ini dipercepatkan kerana kita sedar bukan mudah melaksanakan sistem pengangkutan ini.

Namun begitu kita nampak semuanya berjalan lancar sekali dari segi pengurusan pentadbiran dan pengurusan projek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita terlibat dalam POC ART semalam.

Terdahulu, kira-kira 100 individu terdiri dari Pejabat Residen Samarahan, Ketua Masyarakat, Sarawak Metro dan pusat khidmat Samarahan hadir bagi mengikuti program terbabit.
Acara terbabit turut menjadi detik bersejarah buat Ahli Parlimen Samarahan itu memandangkan ia merupakan kali pertama beliau menjejaki dan mencuba sendiri proses pandu uji kemudahan awam terbabit.

Mengulas mengenainya, beliau mengakui teruja dan menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana membantu merealisasikan impian warga Samarahan itu.

“Sebelum ini kita memohon kepada kerajaan khususnya Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam untuk Kota Samarahan dan akhirnya telah diluluskan “Tapi kita tidak menjangka kelulusan ini membolehkan kita mendapat pendekatan menarik iaitu ART, sistem tenaga baharu yang menekankan konsep hijau,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghembus nafas terakhir di pusat perubatan C-V-S Kuala Lumpur pada 4.40 pagi

BERITA TERBARU

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan