ARTIKEL

Lee ketika berucap pada ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini. 

Projek Bas Henti-Henti diperluas ke Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Susulan kejayaan pelaksanaan Bas Pintar Miri, Kerajaan Sarawak akan memperluaskan inisiatif pemodenan pengangkutan awam ke Sibu menerusi projek Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) sebagai usaha memperkukuh sistem perkhidmatan bas di negeri ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata projek berkenaan telah diiklankan pada 30 April lalu dan ditutup pada 20 Mei ini dengan penganugerahan projek dijangka dibuat pada suku ketiga tahun ini.

“Pelaksanaan projek ini  merupakan kesinambungan kepada kejayaan Bas Pintar Miri yang telah menunjukkan peningkatan ketara dalam penggunaan pengangkutan awam serta penerimaan positif dalam kalangan masyarakat,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata SBST atau BAS.MY di Kuching diperluas dengan pengenalan enam laluan baharu.

“Laluan baharu ini melibatkan kawasan utama termasuk Samarahan, Siburan dan Stutong Baru selain  penstrukturan semula beberapa laluan bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan.

“Sehingga 30 April lalu  perkhidmatan BAS.MY telah merekodkan lebih 847,644 penumpang melalui 56 bas henti-henti baharu yang beroperasi di 13 laluan sejak Mac 2025, sekali gus menunjukkan peningkatan penggunaan pengangkutan awam di Sarawak,”ujarnya.

Tambah beliau, usaha pemodenan pengangkutan awam di Sarawak tertumpu kepada penambahbaikan perkhidmatan bas dan juga penggunaan teknologi bagi meningkatkan kecekapan operasi dan keselesaan pengguna.

“Kerajaan negeri komited memastikan sistem pengangkutan awam terus diperkasa secara berperingkat, khususnya di pusat bandar utama seperti Miri, Sibu dan Kuching,”jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, penggunaan aplikasi Pengangkutan Pintar Sarawak (SSTA) terus meningkat sebagai platform digital yang membantu pengguna merancang perjalanan, menjejak bas secara masa nyata dan mendapatkan maklumat laluan dengan lebih mudah.
 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU