ARTIKEL

Poster Projek Infak Pakaian Al Bait.

Projek Infak Pakaian Al Bait diadakan setiap Sabtu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Golongan yang memerlukan khususnya di sekitar Kuching kini boleh mendapatkan pakaian secara percuma menerusi Projek Infak Pakaian Al Bait yang dilaksanakan pada setiap Sabtu.

Program amal ini dianjurkan oleh Yayasan Kempimpinan Al Bait (YKAB) dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Koperasi Al Bait Sarawak Berhad, dan Pengurusan Kompleks Islam Sarawak.

Masyarakat yang memerlukan juga boleh datang dari 10 pagi hingga 5 petang, bertempat di Lot C16, Aras 2, Majma’ Mall, di sini.

Menurut YKAB, inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban masyarakat kurang yang berkemampuan, selain menggalakkan budaya memberi dan menyantuni insan dalam kalangan masyarakat.

“Pakaian yang disediakan adalah percuma dan terbuka kepada semua golongan yang memerlukan. Jadi datang beramai-ramai untuk mendapatkan pakaian tersebut,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau menyumbang kepada program ini boleh menghubungi talian 011-58741405 (Fahmi); 011-16678233 (Wirrmeezy) dan 082-544997 (Pejabat YKAB).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU