ARTIKEL

Projek jalan akses sepanjang 6.2 km bernilai RM112.9 juta bakal kurangkan kesesakan lalu lintas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, baru- baru ini mengadakan lawatan tapak bersama pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan kontraktor Reka Ikhtiar Sdn Bhd bagi meninjau kemajuan projek pembinaan jalan akses sepanjang 6.2 km di selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

Wilfred mendengar taklimat daripada pegawai JKR dan
kontraktor semasa lawatan tapak.

Projek bernilai RM112.9 juta ini kini 82 peratus siap dan dijangka siap sebelum 28 Jun 2025.

Projek ini merangkumi pembinaan jalan empat lorong dua hala menghubungkan persimpangan
Persimpangan T Stutong dan persimpagan T Stampin, dan Persimpangan T Bukit Berangan.

Pembinaan jalan dua lorong dua hala yang menghubungkan Persimpangan T Stampin dan Persimpangan T Sungai Tapang.

Selain itu, ia juga melibatkan naik taraf persimpangan Stutong dan pembinaan tiga jambatan di Sungai Kuap dan Sungai Sangkoh.

Menurut Wilfred Yap, projek ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menyediakan laluan alternatif bagi pemandu dari Samarahan dan Serian.

Beliau juga menekankan komitmen kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam membangunkan kawasan N12 Kota Sentosa, dengan pelbagai projek pembangunan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Beliau turut optimis bahawa lebih banyak dana pembangunan akan diperoleh daripada kerajaan Sarawak, dan beliau berjanji untuk terus menangani isu-isu infrastruktur, lalu lintas, saliran, dan perumahan di kawasan ini menjelang 2030.

Beliau juga menyeru rakyat Sarawak agar bersatu dan terus menyokong GPS yang telah terbukti mengutamakan pembangunan, sekali gus tidak terpengaruh dengan kritikan tidak berasas daripada pihak pembangkang.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha