ARTIKEL

IDEL tiba di Betong bagi meninjau projek Pakej B4 Jalan Utama Kedua di Jalan Lidong, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI

Projek Jalan Utama Kedua Betong capai kemajuan 76.68 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Pembinaan Pakej B4 Jalan Utama Kedua yang menghubungkan Jambatan Batang Lupar Dua ke Persimpangan Betong sepanjang 27.84 kilometer kini mencapai kemajuan 76.68 peratus.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, walaupun terdapat sedikit kelewatan, projek berkenaan masih berada dalam landasan perancangan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember tahun ini.

“Setakat ini, kemajuan projek telah mencecah 76.68 peratus.

“Walaupun sedikit lewat, namun ia masih dalam perancangan memandangkan tiada masalah besar dihadapi di tapak pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Pakej B4 Jalan Utama Kedua di Jalan Lidong, hari ini.

GAMBAR Jambatan Batang Lupar Dua di Sri Aman yang diambil dari pandangan sebelah Betong.

Menurutnya, projek bernilai lebih RM292 juta itu turut disasarkan untuk disiapkan lebih awal, seiring dengan pembukaan Jambatan Batang Lupar Dua yang dijangka pada Ogos depan.

“Jika dapat dipercepatkan, kita mahu ia siap lebih awal, sekitar Ogos, selaras dengan siapnya Jambatan Batang Lupar Dua.

“Sehubungan itu, kontraktor utama, Verde FM Sdn. Bhd., diminta mempercepatkan pelaksanaan kerja di tapak agar kedua-dua projek dapat disiapkan serentak,” jelasnya.

Tambah beliau, apabila siap kelak, laluan baharu itu akan memendekkan jarak perjalanan dari Kuching ke Betong kepada kira-kira 190 kilometer, berbanding sekitar 250 kilometer melalui Lebuh Raya Pan Borneo ketika ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr. Richard Rapu turut berharap laluan berkenaan dapat digunakan sebaik sahaja jambatan dibuka, walaupun belum siap sepenuhnya.

“Sekiranya tidak dapat dibuka sepenuhnya, sekurang-kurangnya sebahagian laluan boleh digunakan. Yang penting, apabila Jambatan Batang Lupar Dua siap pada Ogos, kenderaan sudah boleh sampai ke Betong.

“Kita berharap dapat menyambut Hari Kebangsaan menggunakan laluan baharu ini,” tambahnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr. Johnical Rayong Ngipa, Residen Bahagian Betong Richard Michael Abunawas serta Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong, Jason Ng Boon Tuan turut hadir sama.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan