ARTIKEL

Fadillah bercakap ketika ditemui media selepas selesai merasmikan bangunan baharu Surau Nurul Muslimin ( FOTO RAMIDI SUBARI)

Projek kabel dasar laut Sarawak-Johor tunggu kelulusan Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek kabel dasar laut yang bakal menghubungkan grid kuasa Sarawak dan Johor kini menunggu persetujuan Indonesia bagi membolehkan kajian laluan dasar laut dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, kira-kira 60 hingga 70 peratus laluan kabel yang dicadangkan itu akan melalui perairan Indonesia, justeru kelulusan negara berkenaan diperlukan sebelum kajian teknikal dapat dijalankan.

“Kita masih menunggu kelulusan untuk laluan kerana 60 hingga 70 peratus projek ini melalui perairan Indonesia.

“Kita sudah menghantar surat dan apabila persetujuan diperoleh, semua pihak yang terlibat akan menjalankan kajian dasar laut bagi menentukan laluan kabel dari Sarawak ke Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Surau Nurul Muslimin di Kampung Sungai Bedil Besar, hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata projek berkenaan merupakan sebahagian daripada perancangan lebih besar untuk memperkukuh integrasi rangkaian tenaga serantau menerusi Grid Kuasa ASEAN.

“Usaha itu diselaraskan oleh Pusat Tenaga ASEAN (ACE) yang berperanan menyelaraskan piawaian dan keperluan teknikal berkaitan penghantaran bekalan tenaga merentasi sempadan negara anggota ASEAN.

“Rangkaian grid sedia ada kini telah menghubungkan Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura, manakala di Borneo, Sarawak telah dihubungkan dengan Kalimantan Barat dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata sambungan kabel dasar laut dari Sarawak ke Johor akan menjadi antara komponen penting dalam merealisasikan rangkaian tenaga ASEAN yang lebih bersepadu pada masa hadapan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, Sarawak dijangka dihubungkan dengan Brunei pada masa hadapan, sekali gus membentuk Borneo Grid sebelum rangkaian itu diperluaskan ke wilayah lain di Indonesia serta Filipina.

Tambahnya, Sarawak juga perlu terus menaik taraf sistem gridnya bagi memastikan keupayaan menampung keperluan rangkaian tenaga serantau yang semakin berkembang.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha