ARTIKEL

Teo Nie Ching bercakap dalam sidang media selepas menyaksikan sesi penyerahan SST oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak kepada kontraktor yang dilantik bagi projek pembinaan Kompleks RTM Bintulu dan projek pembinaan kuarters RTM Sri Aman dan RTM Sibu di bilik mesyuarat JKR Bintulu pada Jumaat.

Projek Kuarters RTM Limbang Tingkatkan Kebajikan Kakitangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Dua lagi projek pembangunan Kementerian Komunikasi Malaysia di Sarawak kini berada pada peringkat akhir sebelum dimuktamadkan melalui proses tender terbuka, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata projek berkenaan ialah pembinaan kuarters kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Limbang yang kini berada pada fasa akhir sebelum pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) dijangka dilakukan sebelum pertengahan tahun ini.

Beliau berkata projek tersebut dianggarkan melibatkan kos sekitar RM11.8 juta dan bertujuan meningkatkan kemudahan serta kebajikan kakitangan RTM di kawasan berkenaan.

“Projek kuarters RTM Limbang kini berada pada peringkat akhir sebelum pengeluaran SST dan kita menjangkakan proses itu dapat dimuktamadkan sebelum pertengahan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan sesi penyerahan Surat Setuju Terima (SST) oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak kepada kontraktor yang dilantik bagi projek pembinaan Komplek RTM Bintulu dan projek pembinaan kuarters RTM Sri Aman dan RTM Sibu di bilik mesyuarat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu pada Jumaat.

Selain itu, Teo berkata satu lagi projek yang turut dirancang ialah pembinaan bangunan tambahan Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak bagi memperluas ruang operasi jabatan berkenaan.

Menurut beliau, projek tersebut bertujuan menambah kapasiti ruang kerja bagi menyokong pelaksanaan aktiviti penerangan kerajaan serta komunikasi strategik di peringkat negeri.

Beliau berkata pelaksanaan projek pembangunan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keupayaan komunikasi strategik serta infrastruktur penyampaian maklumat di Sarawak.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah