ARTIKEL

Sim ketika berucap sempena Majlis Pelancaran NBX dan NBX Residence 1 di Galeri Ibraco, The NorthBank, hari ini. FOTO RAMIDI SUBARI

Projek NBX sokong pembangunan Metropolis Kesihatan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelaksanaan projek NorthBank Business Exchange (NBX) dan NBX Residence 1 dilihat bakal menjadi sebahagian daripada ekosistem lebih luas yang menyokong pembangunan Metropolis Kesihatan Sarawak.

Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, pembangunan projek berkenaan di Lebuh Raya Kuching-Samarahan memainkan peranan penting dalam menyokong Metropolis Kesihatan Sarawak yang sedang dibangunkan di Kota Samarahan.

Sim (tengah) merakam gambar kenangan bersama-sama Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng (kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan Ibraco, Datuk Chew Chiaw Han (kiri). FOTO RAMIDI SUBARI

Katanya, projek yang dijalankan itu bukan sekadar mewujudkan kawasan komersial dan kediaman, tetapi dapat menjadi komponen penting dalam pendidikan, penyelidikan, penjagaan kesihatan, pembuatan, perumahan serta pelbagai komponen sokongan lain.

“Metropolis Kesihatan Sarawak bukan sekadar hab perubatan; ia adalah Metropolis Kesihatan Sarawak dan kini sedang dibangunkan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran NBX dan NBX Residence 1 di Galeri Ibraco, The NorthBank, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah, tumpuan institusi kesihatan dan pendidikan dalam lingkungan lima kilometer di Kota Samarahan akan menjadi asas kepada pembangunan metropolis berkenaan.

Katanya, institusi terbabit berupaya melatih doktor, jururawat, penyelidik serta tenaga profesional berkemahiran lain, di samping cadangan pembangunan Pusat Kanser Sarawak dan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak.

Menurutnya, ekosistem berkenaan turut memerlukan ruang pekerjaan, perumahan dan kemudahan yang bersesuaian untuk golongan profesional kesihatan, penyelidik serta keluarga mereka.

“Anda perlu membangunkan keseluruhan ekosistem, daripada pendidikan dan institusi swasta kepada penjagaan kesihatan serta komponen sokongan lain; itulah yang cuba dilakukan NBX sebagai sebahagian daripada metropolis kesihatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan aspek kesalinghubungan turut menjadi elemen penting, dengan Stesen SM07 NorthBank Ibraco yang akan menjadi sebahagian daripada rangkaian Transit Aliran Automatik (ART).

“Sistem ART kita kini sudah mencapai 38 peratus siap, manakala Laluan Biru akan menghubungkan Rembus di Kota Samarahan dengan pusat bandar raya Kuching dan Hikmah Exchange,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai projek oleh Ibraco tersebut, ia dibangunkan dengan konsep “bandar dalam bandar” dan NBX menghimpunkan perniagaan, kediaman, peruncitan, penjagaan kesihatan, mobiliti, riadah serta ruang komuniti dalam satu persekitaran bersepadu.

Antara elemen utama pembangunan ini termasuk kehidupan bersepadu yang merangkumi pejabat, kediaman, peruncitan, riadah, kesejahteraan dan ruang komuniti dalam satu destinasi, serta kesalinghubungan yang lancar melalui perancangan ke Stesen ART SM07 NorthBank Ibraco, dengan Regency Specialist Hospital Kuching yang bersebelahan dihubungkan melalui jambatan SkyLink khusus.

Selain itu, ia menawarkan kehidupan yang bersedia untuk masa hadapan melalui perancangan teliti yang menggabungkan reka bentuk mesra mobiliti, kemudahan moden dan keperluan gaya hidup yang sentiasa berkembang, serta komuniti dan kelestarian melalui ruang dan inisiatif yang direka untuk menggalakkan kesejahteraan interaksi serta gaya hidup yang lebih lestari.

Manakala, NBX Residence I menawarkan 268 unit kediaman merentasi dua menara, dengan pilihan susun atur satu, dua dan tiga bilik tidur, termasuk unit dwi-kunci bagi memenuhi keperluan isi rumah yang berbeza.

Ia turut menyediakan unit khusus yang mesra mobiliti, direka untuk memberikan aksesibiliti dan fleksibiliti yang lebih baik selaras dengan perubahan keperluan mobiliti.

Kemudahan yang disediakan merangkumi gimnasium, kolam renang, ruang membaca, bilik KTV, bilik permainan dan permainan papan, taman permainan serta ruang berlandskap yang dirancang dengan teliti bagi menyokong pergerakan, relaksasi, interaksi dan kehidupan seharian.

Melengkapi komponen kediaman ini ialah pusat beli-belah kejiranan NBX yang direka untuk memperkenalkan generasi baharu tentang peruncitan komuniti kepada koridor Kuching-Kota Samarahan yang berkembang pesat.

Pusat beli-belah ini dirancang untuk menampilkan pawagam, pasar raya kejiranan, taman pengembaraan dalaman, pusat pengayaan serta pelbagai pilihan makanan dan minuman yang mengetengahkan konsep dan sajian gabungan daripada pelbagai jenis masakan.

Sim ketika melihat replika bangunan projek NorthBank Business Exch. FOTO RAMIDI SUBARI

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka