SARIKEI: Salah satu projek di bawah Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2023 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Repok, iaitu projek pembinaan tempat letak kereta Wisma UCA berjaya disiapkan.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, majlis penyerahan tapak projek tersebut telah dilakukan pagi Rabu lalu.
“Projek pembinaan tempat letak kereta ini menelan modal sebanyak RM60,000”, katanya.
Sehubungan itu, Tiong Sii yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Repok dan Ahli Parlimen Sarikei turut melahirkan penghargaan atas kerjasama semua pihak yang memastikan projek tersebut berjalan dengan lancar.
“Saya juga ingin mngucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada pihak kontraktor yang terlibat kerana dapat menyiapkan kerja mengikut jadual dan mengikut standard kerja yang telah ditetapkan oleh pihak agensi pelaksanaan dan pemantau projek ini,” tambahnya.
Pada majlis penyerahan tapak tersebut, Kapitan Ling Dien Yong mewakili Huang menyaksikan majlis penyerahan tapak kepada wakil Persatuan Cina Bersatu Bahagian Sarikei.
Wakil UCA Penghulu Ley Kok Lun, Kapitan Lau Hieng Moon, Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS) Kaunselor Wong Zee Yeng, Penolong Jurutera MDS En Mohammad Reza Bin Rapaiee serta Mohamad Hisham Hamdin turut hadir.



