ARTIKEL

Royston menyaksikan penyerahan tapak mula Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah antara Sungai Penakub dan Sungai Tellian, hari ini.

Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah dijangka siap 2028

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah antara Sungai Penakub dan Sungai Tellian bernilai RM40 juta bakal dimulakan secara rasmi pada 6 April ini.

ADUN Tellian, Royston Valentine berkata, projek tersebut dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun iaitu pada 5 April 2028.

“Projek ini dilaksanakan bagi mengukuhkan struktur tebingan sungai yang semakin terdedah kepada risiko hakisan.

Royston menghadiri Mesyuarat Serah Tapak Mula projek berkenaan.

“Ia juga untuk mengekalkan perkampungan tradisi di sekitar kawasan berkenaan seperti Kampung Datuk dan Kampung Penakub Hilir/ Permai,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook rasminya selepas menghadiri Mesyuarat Serah Tapak Mula Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah antara Sungai Penakub dan Sungai Tellian, hari ini.

Royston menghadiri Mesyuarat Serah Tapak Mula projek berkenaan.

Sehubungan itu, pelaksanaan projek ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam menangani isu berkenaan secara menyeluruh.

Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak sebagai agensi pelaksana utama, Perunding Muhandis Sdn. Bhd. dilantik sebagai perunding dan Maxmas Holding Sdn. Bhd. pula bertanggungjawab sebagai kontraktor utama bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan.

Dalam pada itu, Royston turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara semua pihak terlibat, termasuk agensi kerajaan, perunding dengan kontraktor, amat penting dalam memastikan projek berjalan lancar.

“Diharapkan proses pembinaan projek ini berjalan dengan lancar serta siap lebih awal mendahului jadual.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses perancangan dan pelaksanaan projek ini,” tambahnya.

Terdahulu, mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah DID Sarawak, Ir. Faizal Suki.

BERITA LAIN

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri

BERITA TERBARU

Projek Ngaga SMK Balingian meseti dirumban

KUCHING: Projek ngaga Sekula Sekondari (SMK) Balingian ti dikategori projek tejanggal enda tau enda diberi perati sereta dirumban dikena nentuka perengkaguna pelajar ulih tembu menyana.