ARTIKEL

Gambar hiasan janaan AI

Projek penjanaan kuasa biojisim berasaskan rumput tropika hibrid dibangun di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat RAW Power dan DP CleanTech hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangunkan projek penjanaan kuasa biojisim berasaskan rumput tropika hibrid (HTG) di Sarawak.

Projek ini dijangka menyumbang kepada usaha Sarawak untuk menjana tenaga sendiri serta membekalkan elektrik berkarbon negatif kepada aset kerajaan, pelanggan korporat dan pusat data.

Kerjasama itu menyatukan kepakaran lebih 30 tahun DP CleanTech dalam mereka bentuk dan membangunkan lebih 300 projek pembakaran biojisim di seluruh dunia, bersama pengalaman 15 tahun RAW Energy dalam penanaman HTG, sejenis tanaman tenaga mampan yang tinggi hasil dan memiliki kitaran karbon yang singkat.

RAW Power dan kerajaan Sarawak turut berpeluang melawat Stesen Janakuasa Ely di Cambridge, United Kingdom, iaitu sebuah loji yang telah beroperasi lebih 25 tahun menggunakan teknologi DP.

Kejayaan loji tersebut mengukuhkan keyakinan terhadap potensi biojisim sebagai sumber tenaga mampan dan boleh diskala untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat di Sarawak dan rantau ini.

Antara aspek inovatif dalam perjanjian ini ialah pendekatan perkongsian risiko pembangunan projek melalui model terbuka dan kolaboratif.

Model ini bertujuan mengurangkan kos berkaitan perundingan, guaman dan rundingan, serta mempercepatkan pelaksanaan loji tenaga yang bersesuaian.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif DP CleanTech, Simon Parker berkata, proses pembangunan projek kini semakin rumit dan mahal bagi pemaju serta pembekal.

“Model kolaboratif ini mampu mempercepatkan dan memperbaiki hasil untuk semua pihak berkepentingan. Usaha RAW Power mengadaptasi model ini amat dialu-alukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RAW Energy, Ramsay Wilson berkata, kerajaan dan sektor perniagaan di Sarawak kini meneroka pembangunan loji janakuasa biojisim berasaskan HTG yang mampu menghasilkan tenaga antara 50 hingga 400 megawatt elektrik (MWe).

“Gabungan teknologi terkini daripada DP CleanTech dan kelebihan HTG yang mampan serta tinggi hasil menyokong visi kami untuk membangunkan penyelesaian tenaga berkarbon negatif secara skalabel dan boleh diulangkan di seluruh dunia,” jelas beliau.

Dalam pada itu, RAW Energy ialah syarikat induk kepada RAW Solid Fuels, RAW Biofuels dan RAW Power. Semua entiti itu berteraskan penanaman HTG, sejenis tanaman tenaga dengan kitaran karbon yang boleh diukur dalam beberapa hari, jauh lebih singkat berbanding kayu balak.

RAW Solid Fuels menghasilkan pelet HTG berkarbon negatif dengan kandungan tenaga haba melebihi biojisim berasaskan kayu.

Manakala RAW Biofuels bekerjasama dengan syarikat teknologi global untuk menghasilkan bahan api bio mampan seperti Sustainable Aviation Fuel (SAF), biodiesel, SynGas dan hidrogen hijau.

“Kelestarian bukan lagi soal mengurangkan kemudaratan, tetapi mengenai melakukan lebih banyak kebaikan. Itulah asas kewujudan RAW Energy,” tegasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha