ARTIKEL

Projek RTP Kalaka: Agensi Diminta Segerakan Tindakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Agensi pelaksana diingatkan terus fokus kepada isu kelewatan bagi memastikan semua projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kalaka dapat dipacu segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka, Mohamad Duri menegaskan, beberapa projek RTP tahun ini dijangka memasuki fasa tender dan cabut undi dalam masa terdekat, sekali gus menandakan kesinambungan penting kepada agenda pembangunan setempat.

“Projek-projek yang mencakupi keperluan asas rakyat perlu diberi tumpuan khusus oleh agensi pelaksana agar segala perancangan berjalan mengikut jadual.

“Sehubungan itu, projek yang mengalami kelewatan atau masih belum dimulakan perlu diberi perhatian serius bagi memastikan manfaat yang dijanjikan dapat dinikmati tanpa penangguhan,” katanya ketika ditemui selepas Libat Urus Jawatankuasa Tindakan Daerah (DAC) Saratok Bil.2/2025 yang dipengerusikan Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid serta disertai semua agensi kerajaan.

Bagi projek yang telah dimulakan, tegasnya, ia digesa supaya disiapkan mengikut jadual dan piawaian kerja yang ditetapkan bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi dengan cekap dan berkesan.

“Inisiatif RTP 2025 di DUN Kalaka menjadi pemangkin utama kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Justeru, komitmen penuh semua pihak dalam melaksanakan projek amat diperlukan bagi menjamin keberhasilan pembangunan di Saratok,” ujarnya.

Beliau mengharapkan kerjasama baik antara pusat khidmat wakil rakyat dan semua agensi yang disifatkan sangat signifikan dalam memastikan perancangan pembangunan berjalan lancar.

Menurutnya, apabila wujud kerjasama erat, aduan dan permintaan rakyat yang disalurkan melalui pusat khidmat dapat diurus lebih cepat dan berkesan oleh agensi berkaitan.

“Natijahnya, ia menyelesaikan masalah secara menyeluruh.

“Banyak isu rakyat melibatkan pelbagai agensi dapat diambil tindakan secara bersepadu, yang akhirnya meningkatkan kesejahteraan rakyat,” tambahnya.

Menambah lanjut, katanya, wakil rakyat selalunya lebih dekat dengan komuniti dan memahami keperluan tempatan.

“Sehubungan itu, dengan kerjasama agensi, perancangan program pembangunan dapat lebih tepat sasaran.

“Pendek kata, bantuan sampai kepada rakyat dan maklum balas rakyat pula sampai kepada pembuat dasar.

“Dan apabila rakyat melihat wakil rakyat dan agensi kerajaan bekerjasama dalam menangani isu mereka, ia meningkatkan kepercayaan terhadap sistem pentadbiran dan kepimpinan,” ujarnya.

Menerusi libat urus DAC yang menghimpunkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di peringkat daerah, dasar, program dan tindakan dapat diselaraskan supaya tidak berlaku pertindihan atau konflik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Krian, Friday Belik turut hadir.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha