ARTIKEL

Projek Sempeng suburkan ekonomi komuniti nelayan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Walaupun sempeng mendapat permintaan yang tinggi dari restoran makanan laut dan penggemarnya, namun sumber bekalannya dilihat masih tidak mencukupi. 

Sempeng sejenis hidupan laut bercengkerang daripada spesies Cirripedia yang hidup di atas batu atau kayu sepanjang pantai yang cetek dan berombak kecil.

Sempeng diproses dan disediakan untuk hidangan sama seperti hidupan laut bercengkerang lain seperti tiram, kepah dan kupang.

Bagaimanapun, setakat ini sempeng diambil atau dituai secara konvensional dan belum ada usaha memperkenalkan pengkulturan sempeng secara komersial. 

Unimas melalui Fakulti Sains Gunaan dan Kreatif membantu penduduk Kampung Matang melaksanakan projek Sempeng: EcoAquamuniti bertujuan mereka bentuk sistem pengkulturan sempeng dan memperkenalkan aktiviti akuakultur ini kepada masyarakat setempat sebagai salah satu cabang ekonomi untuk menjana pendapatan.

Pengarah Pusat Kelestarian Universiti, Noraziah Abdul Wahab berkata, ini merupakan pembinaan projek kedua yang dibiyai Dana Lestari – dana dalaman Unimas bertujuan memastikan agenda kelestarian dalam komuniti dapat diperkasa, berkesinambungan, dipertingkatkan dan diperkukuh untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDG2030) oleh PBB. 

TEKNOLOGI

“Pada projek yang lepas  kita membuat pelancaran  projek ikan kerapu. 

Jadi kini penyempurnaan projek sempeng pula. 

Saya berkesempatan melihat projek yang dijalankan, saya dapati sempeng antara sumber laut yang ada di Matang. 

“Ini kali pertama saya mendengar perkataan sempeng, biasanya kita dengar kepah, tiram dan sebagainya.

Kita dapati ia juga dapat diternak melalui teknologi dan kepakaran yang dipindahkan dari Unimas,” ujarnya kepada Suara Sarawak. 

Menurut beliau, Sempeng: EcoAquaminiti membawa maksud ekonomi, akuakultur serta komuniti. 

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa dana Lestari Unimas dijalankan semenjak 2021 – bertujuan membantu projek komuniti di Sarawak. 

“Dengan adanya dana Lestari ini kita melihat projek berkaitan pendidikan STEM, tenaga diperbaharui, kelestarian alam sekitar, peningkatan sosioekonomi, pembekalan air bersih dan terawat, keselamatan makanan serta kesihatan yang baik dan sejahtera. 

“Jadi, projek yang kita ada bersama komuniti di kampung Matang ini melihat kepada keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar,” katanya. 

Menurut beliau pada 2022, sebanyak RM215,000 dana Lestari diluluskan oleh Universiti yang merangkumi 25 projek dijalankan. 

Pembiayaan projek sempeng ini menelan kos RM9,100, bermula 1 Julai, melibatkan 10 nelayan dan komuniti Kampung Matang.  

“Kita berharap projek ini dapat membentuk komuniti pesisiran pantai dengan pekerjaan alternatif bagi menampung kos kehidupan seharian. 

“Selain itu, ia meningkatkan ekonomi komuniti pesisiran pantai dengan menghasilkan produk yang kreatif dan berinovasi serta menjalinkan ikatan strategik dengan komuniti pesisiran pantai dengan FSGK memberi imej kekeluargaan bersama.

Projek sempeng di Kampung Matang ini merupakan projek rintis di seluruh Sarawak. 

Sementara itu, Ketua Projek Dr Faridah Abdul Wahab berkata, projek ini memfokuskan kepada pendedahan golongan pesisir pantai kepada suatu makanan laut yang belum popular tetapi mempunyai potensi pengkomersialan yang tinggi jika dijalankan menggunakan sistem yang dicadangkan oleh projek ini. 

PENDEDAHAN

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif berkata, ia memberi pendedahan kepada komuniti pesisir pantai berkaitan pengkulturan sempeng. 

“Walaupun aktiviti pengkulturan sempeng agak baru bagi peserta tersebut, namun ahli projek percaya ia dapat meningkatkan pendapatan nelayan sehingga 5 hingga 10 peratus untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya yang mengakui Kampung Matang kaya dengan hidupan laut. 

Terkenal dalam kalangan penduduk pesisir pantai seperti di Telaga Air, Lundu dan Matang, katanya Sempeng membesar secara meliar dan dapat dituai dalam usia 10 hingga 12 bulan. 

Menurut beliau, Projek Sempeng: EcoAquamuniti ini bermula dengan idea yang datang daripada koordinator projek ini iaitu saudara Saufian Suhaili.  

Kemudian, latihan dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan permulaan daya fikir kreatif bagi penghasilan produk harian bagi penyelesaian masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Kata Dr Faridah, latihan ini bertujuan menyemai pengetahuan agrousahawan kepada golongan fokus.

“Peserta dari Projek Sempeng: EcoAquamuniti ini diberikan latihan asas menggunakan ilmu yang diberikan oleh FSGK memulakan fasa pertama ke alam keusahawan.

Dengan adanya projek Sempeng: EcoAquamuniti ini ia dapat dijadikan talian kekeluargaan antara FSGK dengan komuniti luar bandar. Ia dapat diacuankan untuk komuniti lain di seluruh Sarawak.

Proses penternakan 

Menurut Dr Faridah, secara liarnya, sempeng tumbuh di permukaan kayu bakau, tiang jambatan atau apa-apa sahaja di permukaannya yang boleh melekat.

Namun ia tidak menjamin kelestariannya. 

“Sebab itu idea tercetus dari situ.

Kenapa kita tidak boleh kulturkan sedangkan ia boleh tumbuh di mana-mana sahaja di kawasan Matang ia ada.

Sebab itu kita percaya projek ini dapat dijalankan,” ujarnya mengakui sempeng berpotensi untuk dikomersialkan. 

Muara Lubuk Batu dipilih dengan mengambil kira beberapa faktor iaitu laluan air tidak terganggu tiada laluan seperti kapal dan sebagainya, agak terlindung daripada laluan utama.

Setakat ini sebanyak 56 tapak konkrit yang ditanam di lokasi tersebut.

Dalam pada itu Pengendali Projek, Mohd Saufian Suhaili berkata, idea dan teknik penternakan sempeng tercetus menerusi pemerhatiannya terhadap sempeng yang mudah hidup di mana-mana sahaja secara liar. 

Justeru, katanya manfaat program ini dapat melindungi sampeng daripada ancaman pupus serta memudahkan para pengusaha sempeng mendapat bekalan untuk dijual secara terus ke pasaran. 

Hasil tuaian boleh dipasarkan kepada sesiapa yang berminat, malah menjadi hidangan mewah ini boleh mencecah RM10 sekeping. 

Saufian mula meminati aktiviti ini kerana baginya selain dapat membantu meningkatkan pendapatan sendiri, ia turut membantu meningkatkan pendapatan nelayan lain di sekitar kampung yang terlibat dalam aktiviti penternakan sempeng. 

Biarpun permintaan sempeng daripada para penggemar agak tinggi, namun menurutnya, kekangan utama orang ramai tidak dapat menjalankan aktiviti ini disebabkan kekurangan pendedahan, ilmu dan modal serta tidak mempunyi lokasi yang sesuai.

“Saya kerap mengingatkan nelayan memantau tapak sempeng,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Projek Sempeng: EcoAquaminiti di Kampung Matang baru-baru ini. 

BERITA LAIN

Norma baharu pembelajaran

“Ia bukan sahaja menandakan pencapaian akademik, tetapi juga pertumbuhan peribadi dan transformasi.   Sepanjang tempoh mereka di Kolej Cyberjaya Kuching, para graduan berdepan impak kemelut krisis

Faham isi hati anak

Kita belajar menjadi ibu bapa untuk mengurus dan membesarkan anak. Namun, ada satu perkara yang sering ibu bapa terlupa iaitu memahami dan mendengar isi hati

Penting kerjasama kumpulan

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu. Inti pati

Bentuk pelajar berkualiti

PERKHEMAHAN tahunan merupakan aktiviti yang dirancang di bawah unit kokurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) peringkat sekolah. Ia menjadi tempat buat ahli TKRSM untuk

Keindahan sejarah, budaya Sambas

KEINDAHAN budaya dan sejarah Sambas mampu diketengahkan menerusi Seminar Sejarah Kesultanan Sambas anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Menurut Penasihat

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup