ARTIKEL

Reka bentuk Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jebungan yang baharu

Projek SK Kampung Jebungan dijangka siap Oktober 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Projek pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jebungan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung Oktober 2026.

Projek ini bertujuan menggantikan bangunan lama yang uzur dan tidak lagi sesuai digunakan untuk sesi pembelajaran di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr Cassidy Morris, berkata projek tersebut merangkumi pembinaan enam blok bangunan sekolah dan pentadbiran.

Selain itu, satu blok prasekolah, dua unit rumah guru kelas F, satu unit rumah pengawal keselamatan, sebuah rumah pam dan rumah sampah turut dibina sebagai pelengkap kepada kemudahan sekolah baharu ini.

Pelbagai kemudahan sokongan lain turut disediakan bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih moden, selesa dan kondusif untuk para pelajar serta komuniti setempat.

“Saya menggesa pihak kontraktor agar melipatgandakan usaha mereka supaya projek ini dapat disiapkan lebih awal daripada jadual asal,” katanya semasa melakukan lawatan kerja ke tapak projek semalam.

Dr Cassidy Morris mengadakan lawatan ke tapak projek sambil diiringi pegawai yang lain.

Menurut beliau, penyempurnaan awal projek tersebut membolehkan rakyat setempat menikmati manfaatnya dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau turut menekankan bahawa aspek ketepatan masa dan kualiti pelaksanaan harus diberi keutamaan dalam setiap peringkat kerja.

Jelasnya, usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif memperkasa masa depan pendidikan serta pembangunan masyarakat luar bandar di negeri ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan