ARTIKEL

Projek tebatan banjir SK Ulu Meradong siap dahului jadual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTANGOR: Projek tebatan banjir dengan peruntukan sebanyak RM147,915 bagi mengatasi masalah limpahan air yang kerap dialami warga Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Meradong, di sini, sudah siap mendahului jadual.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, projek yang dikendalikan Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sarikei itu meliputi kerja-kerja pembersihan dan pengorekan parit sepanjang 980 meter.

Gung Chiu Kion yang mewakili Datuk Seri Huang Tiong menyaksikan penyerahan projek siap.

Menurutnya, ia turut meliputi pembinaan sistem perparitan konkrit sepanjang 160 meter di dalam kawasan sekolah untuk memudahkan sistem pengaliran air.

“Saya gembira kerana projek ini siap lebih awal berbanding tempoh yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Petugas Pusat Khidmat Sarikei Gung Chiu Kion mewakili Datuk Seri Huang Tiong hadir menyaksikan penyerahan projek siap itu.

LAIN-LAIN BERITA

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan