KUCHING: Satu pencapaian signifikan dicapai oleh Naim Holdings Bhd apabila ia berjaya memasang kerangka besi bumbung Wisma Melayu Sarawak untuk menandakan langkah penting ke hadapan dalam proses pembinaannya.
“Projek ini sedang dilaksanakan lebih cepat daripada jadual, satu kesaksian kepada usaha gigih bahagian kejuruteraan NAIM,” kata Ketua Pegawai Operasi (Wilayah Kuching) Kumpulan NAIM, Faisal Zaidin.
“Komitmen mereka memastikan pembinaan Wisma Melayu Sarawak berjalan lancar, dengan menjanjikan kecemerlangan dalam kualiti dan kepatuhan kepada jadual waktu.
“Kami teruja melihat Wisma Melayu Sarawak semakin terbentuk dengan kemajuan yang begitu menakjubkan.
“Kejayaan memasang kerangka bumbung menandakan satu pencapaian signifikan, yang membawa kita selangkah lagi ke arah merealisasikan visi kita sebagai hab pertukaran kebudayaan dan penyantunan komuniti yang bertenaga ini.”
Dimulakan pada awal 2023, pembinaan Wisma Melayu Sarawak merupakan satu usaha yang menelan belanja RM73 juta.
Inspirasi seni binanya datang daripada tengkolok, sejenis hiasan kepala Melayu yang dipakai pada zaman silam dan menekankan warisan Melayu.
Apabila siap nanti, bangunan dua tingkat itu dijangka menjadi hab aktiviti dengan sebuah dewan konvensyen utama yang dapat menampung 2,000 individu selain tiga bilik mesyuarat dan seminar.
Ia memaparkan sebuah galeri kesenian dan kebudayaan Melayu, ruang pameran dan sebuah surau.
Sebuh taman rekreasi, yang dihiasi dengan pokok nangka, menambah sentuhan ketenangan manakala ruang letak kereta di bahagian bawah bangunan menyediakan tempat yang dapat menampung 290 kenderaan.
Pemasangan tersebut disaksikan oleh wakil Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), iaitu Datuk Abdul Razak Mohd Tready selaku Setiausaha dan Pengerusi Jawatankuasa Perundangan serta Datu Dr Sanib Said selaku Pengurus Besar AKYBMS bersama Pengerusi Kumpulan NAIM, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, Pengarah Urusan Kumpulan NAIM, Datuk Hasmi Hanan, perunding dan anggota pasukan projek.





