ARTIKEL

Promosi budaya Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh atlet yang bertanding, ketika diminta mengulas pengalaman sepanjang menyertai SUKMA di Sarawak.

Atlet Perlis, Afi qah dan rakannya Yeow Ze Sheng menyifatkan fasiliti yang disediakan sangat baik.

“Sangat selasa dan baik, dengan pendedahan yang bagus kepada para atlet,” kata Afi qah.

“Kalau bagi saya memang selesa dan luar biasa dengan pengalaman datang ke sini (Sarawak),” kata Ze Sheng.

Mengulas acara perasmian pula, Ze Sheng memberitahu ia merupakan satu pengalaman luar biasa dan penuh dengan kejutan.

“Perasmian SUKMA di Sarawak terbaik, penuh dengan kejutan serta percikan bunga api yang meriah dan cantik,” ujarnya.

Tidak ketinggalan, perkongsian atlet Pulau Pinang, Muhammad Amar Irfan yang menyifatkan pembukaan SUKMA Sarawak membuatkannya terpegun.

“Sangat teruja dengan majlis perasmian, ini pertama kali datang ke Sarawak, apabila disajikan dengan perasmian seperti ini, ia membuatkan kami terpersona dan terpegun dengan persembahan yang menakjubkan,” kataya.

PELUANG

Peserta persembahan, Fiqri Huzairy Zulshahkrie memberitahu, penganjuran sukan berskala besar di Sarawak merupakan salah satu peluang kepada tuan rumah untuk mempamerkan dan mempromosikan apa-apa yang boleh ditawarkan kepada pengunjung luar.

“Kita dapat memperkenalkan etnik yang terdapat di Sarawak, selain produk pelancongan yang terdapat di sini kepada orang luar,” katanya.

Terdahulu, pengagihan tiket masuk percuma ke upacara pembukaan ini mendapat sambutan luar biasa sehingga ada yang sanggup beratur panjang seawal jam 6.00 pagi untuk mendapatkan empat tiket percuma yang disediakan untuk setiap orang.

Menurut salah seorang penonton, Alyaa Batrisyia Mohd Hashim, usaha tersebut berbaloi, apabila disajikan dengan majlis penuh gilanggemilang dan warna-warni, bahkan bertaraf dunia. 

“Saya tidak menyangka ia (majlis perasmian) sehebat ini, memang saya bangga menjadi anak Sarawak.

“Semasa menyaksikan persembahan yang dilakukan, saya amat terkejut terutama ketika persembahan padang yang melibatkan kira-kira 800 individu, dengan formasinya, kebudayaan dan sebagainya,” kata Alyaa.

Malam perasmian disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang turut dihadiri isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Ketika ucapan perasmian, Abang Johari berkata, SUKMA merupakan acara sukan terbesar di negara ini mampu membina dan mengeratkan persahabatan antara negeri serta menyemai nilai positif dalam generasi muda.

Temasya itu bukan sekadar pertandingan dan mahukan kemenangan, bahkan ia juga satu platform pengukuhan perpaduan.

“SUKMA memupuk semangat patriotisme dan kebanggaan negara melalui penyertaan pelbagai negeri dan etnik dalam satu platform.

“Ini membantu mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia pelbagai latar belakang,” katanya.

Malah, jelasnya, Sarawak sebagai wilayah yang majmuk amat berbesar hati menjadi tuan rumah bagi SUKMA edisi ke-21 kali ini dalam usaha mempromosikan perpaduan.

“Sebab itu, di Sarawak ini, saya syorkan lokasi pertandingan diadakan di bahagian lain untuk mendedahkan anak-anak muda kita kepada kepelbagaian budaya dan kaum etnik yang ada di Sarawak,” katanya lagi.

SUKMA Ke-21 Sarawak 2024 buat pertama kalinya dianjurkan di sembilan bahagian di seluruh Sarawak membabitkan 488 acara dalam 37 jenis sukan.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU