Kesemua 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup pada 6 petang ini.
Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dibawa ke 186 pusat penjumlahan rasmi undi dan keputusan rasmi akan diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini. – Bernama

