ARTIKEL

Lukanisman (tengah) semasa Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Peranti Perubatan di Sarawak di BCCK, hari ini.

Proses pembinaan Pusat Kanser Sarawak masih lama – Lukanisman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembinaan Pusat Kanser Sarawak dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata proses membangunkan pusat itu memakan masa yang agak panjang kerana ia hanya dapat dilaksanakan selepas mekanisme kewangan diputuskan.

Katanya, projek itu telah dipersetujui secara dasar antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Malaysia, dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menawarkan satu mekanisme kewangan kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pembinaannya.

“Sekarang kita telah menubuhkan satu jawatankuasa antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan serta kerajaan negeri, dan proses tersebut sedang berjalan.

“Kerja-kerja awalan, reka bentuk dan semua akan diputuskan setelah mekanisme kewangan tersebut dapat diputuskan kerana ini bukan sesuatu yang mudah memandangkan tidak pernah berlaku kerajaan negeri memberikan mekanisme kewangan untuk membangun fasiliti seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Peranti Perubatan di Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Menjelas lanjut, Lukanisman berkata Kerajaan Sarawak juga mahukan pusat berkenaan dioperasikan oleh KKM.

“Ia bukan sahaja membangunkan fasiliti tetapi operasinya, ia tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk menjalankannya.

“Walaupun kita mempunyai satu jawatankuasa untuk membincangkan tentang autonomi kesihatan tetapi kita masih mengikuti apa yang termaktub di dalam perlembagaan,” katanya.

Justeru, beliau menyifatkan apabila siap nanti, pusat kanser itu akan menjadi ikon kepada sistem kesihatan Sarawak.

Katanya setakat ini, segala perancangan dari segi reka bentuk, perkhidmatan dan jumlah katil sudah pun diputuskan.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU