ARTIKEL

Proton e.MAS tembusi pasaran Brunei Darussalam

GERRALD GILLES

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PROTON terus memperkukuh strategi eksport serantaunya apabila melantik Grand Motors Sdn Bhd sebagai pengedar sah kenderaan Proton e.MAS di Brunei Darussalam, sekali gus memperluas kehadiran perniagaan kend- eraan tenaga baharu (NEV) jenama itu di pasaran antarabangsa.

Langkah itu dibuat selepas pengenalan Proton e.MAS di Singapura dan mencerminkan usaha berterusan PROTON untuk memperkukuh kedudukan produk automotif Malaysia di negara jiran, khususnya dalam segmen mobiliti elektrik yang semakin berkembang.

Menerusi pelantikan tersebut, Grand Motors akan mengendalikan operasi jualan, pemasaran, hubungan pelanggan serta perkhidmatan selepas jualan bagi Proton e.MAS di Brunei.

Syarikat itu turut akan mengendalikan bilik pameran dan pusat servis khusus bagi menyokong pengalaman pemilikan kenderaan elektrik (EV) pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton International Corporation, Edmund Lim Meng Thong berkata, pelantikan Grand Motors menjadi satu pencapaian penting dalam pengembangan perniagaan EV PROTON di luar Malaysia.

Menurutnya, Brunei dilihat sebagai pasaran yang sesuai untuk Proton e.MAS memandangkan negara itu mempunyai aspirasi jelas untuk membangunkan ekosistem pengangkutan yang lebih mampan, selain peningkatan minat pengguna terhadap kenderaan yang menawarkan teknologi moden, tahap keselamatan tinggi dan praktikal untuk kegunaan harian.

“PROTON komited untuk memperluas peranan dalam mobiliti masa depan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di pasaran eksport.

“Bersama Grand Motors, kami mahu menawarkan pengalaman pemilikan yang lengkap dan memudahkan lebih ramai pelanggan beralih kepada penggunaan EV,” katanya.

Grand Motors yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam industri automotif Brunei akan memanfaatkan rangkaian pelanggan dan kepakaran tempatan bagi menyokong pertumbuhan Proton e.MAS di negara itu.

Kerjasama tersebut dijangka membantu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap pemilikan EV menerusi sokongan menyeluruh dari peringkat pertimbangan pembelian hingga penyelenggaraan jangka panjang.

Dalam masa sama, pengenalan Proton e.MAS turut dilihat seiring dengan sasaran Brunei untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2035 menerusi pembangunan sistempengangkutan rendah karbon.

Rangkaian Proton e.MAS akan ditawarkan dengan penekanan pada teknologi pintar, ciri keterhubungan moden, penggunaan harian yang praktikal sertapakej keselamatan premium.

Maklumat lanjut mengenai model yang akan ditawarkan, pembukaan bilik pameran dan pelancaran rasmi di pasaran Brunei akan diumumkankemudian.

Pelantikan Grand Motors, bagaimanapun, hanya melibatkan Proton e.MAS dan rangkaian kenderaan

tenaga baharu PROTON.

PAD Motors Sdn Bhd kekal sebagai pengedar sah bagi model enjin pembakaran dalaman (ICE) PROTON di Brunei yang merangkumi Proton Saga, Proton S70, Proton X50, Proton X70 dan Proton X90.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium