KUCHING: Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 dibuka mulai 26 Oktober 2026.
Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata ia melibatkan semua kategori iaitu Kategori 1A (Anggota Polis, Anggota Tentera, Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, dan Petugas Media), Kategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara) dan Kategori 1C (agensi/organisasi).
“Semua permohonan undi pos hendaklah dibuat secara dalam talian di pautan
https://myspr.spr.gov.my.
“Pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan untuk mengundi secara pos,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, tarikh tutup permohonan undi pos bagi semua kategori akan
dimaklumkan kelak.
Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-88927080 atau e-mel ke upup@spr.gov.my.


