ARTIKEL

Tragedi remaja dibaham buaya di Sungai Pelaie, Ulu Sebuyau, 40 anggota sertai operasi SAR


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Empat bot digerakkan untuk menyusuri Sungai Pelaie, Ulu Sebuyau, dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dibaham buaya ketika memunggah buah kelapa sawit ke dalam perahu, petang semalam.

Mangsa, Mohd Nordin Mohd Othman dari Kampung Pelaie, Ulu Sebuyau, dilaporkan disambar reptilia itu kira-kira 5.30 petang dalam kejadian yang disaksikan oleh bapa saudaranya.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi pencarian bermula pada 10.30 pagi dengan pelibatan 40 anggota daripada pelbagai agensi serta penduduk kampung.

“Pencarian menggunakan empat bot itu meliputi kawasan sejauh dua kilometer ke hulu dan hilir Sungai Pelaie bagi mengesan mangsa,” katanya.

Bagaimanapun kata PGO, sehingga 1 tengah hari, mangsa belum ditemukan dan operasi ditangguhkan sementara sebelum dijadualkan bersambung semula pada 2 petang.

Operasi berkenaan katanya melibatkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan, lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiga anggota Sarawak Forestry Corporation (SFC), empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 20 penduduk kampung.

Penyandang ADUN Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan turut berada di lokasi kejadian selepas tiba kira-kira 12.40 tengah hari bagi mengikuti perkembangan operasi pencarian.

Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan pada 7 malam semalam berhubung kejadian tersebut.

Susulan itu, anggota BBP Simunjan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis dan pelapor sebelum operasi pencarian dijadualkan bermula pada pagi ini.

Sementara itu, rangkaian telekomunikasi di kawasan kejadian dilaporkan tidak stabil.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

SMK Chung Hua A, AE ungguli Cabaran Lumba Dron

KUCHING: Pasukan SMK Chung Hua A dan AE membuktikan kehebatan dalam pengendalian dron apabila masing-masing menjuarai kategori A dan B pada pertandingan Cabaran Perlumbaan Dron