ARTIKEL

Projek saliran RM24.9 juta di Kampung Muhibbah dijangka siap 2028


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Kira-kira 3,000 penduduk Kampung Muhibbah dan RPR Sri Aman bakal menerima manfaat daripada projek menaik taraf sistem perparitan dan saliran sepanjang lapan kilometer yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

Hari ini berlangsung Majlis Penyerahan Tapak Projek Rakyat: Naik Taraf Sistem Perparitan dan Saliran Kawasan Kampung Muhibbah, Sri Aman kepada kontraktor di Masjid Darul Syakirin, yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis.

Penyerahan tapak itu menandakan permulaan pelaksanaan projek bernilai RM24.9 juta di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA).

Projek berkenaan melibatkan kerja menaik taraf sistem perparitan sedia ada kepada sistem perparitan konkrit bagi meningkatkan keupayaan saliran serta mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan.

Tempoh pelaksanaan projek ditetapkan hingga 11 Oktober 2028.

Skop kerja merangkumi pembinaan sistem saliran utama yang terdiri daripada longkang konkrit bertetulang (RC) tertutup selebar 2.65 meter sepanjang 132.5 meter, longkang RC selebar 2.0 meter sepanjang 1,243 meter dan longkang RC selebar 1.8 meter sepanjang 459 meter.

Turut dilaksanakan ialah pembinaan longkang RC selebar 1.5 meter sepanjang 2,160.5 meter serta longkang RC selebar 1.2 meter sepanjang 3,473 meter, selain penyediaan laluan masuk ke rumah penduduk.

Pelaksanaan projek itu mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur saliran, sekali gus menyediakan persekitaran penempatan yang lebih selesa dan selamat kepada penduduk.

Selain membantu mengurangkan risiko banjir, sistem perparitan yang dinaik taraf dijangka meningkatkan kecekapan aliran air, khususnya ketika hujan lebat.

Projek berkenaan dilaksanakan oleh kontraktor M/S Crest Reality Sdn. Bhd. dengan pelibatan PL Consultant sebagai perunding projek.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU