ARTIKEL

PRU Sarawak: SPR adakan mesyuarat khas di Kuching pada 6 November

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 pada 6 November nanti.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, mesyuarat khas di Kuching itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun.

“Mesyuarat khas ini akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU Sarawak Ke-13 seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah satu sidang media turut akan diadakan sejurus selepas mesyuarat
khas tersebut selesai.

Terdahulu, Khairul berkata SPR secara rasmi menerima pemakluman daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar melalui surat bertarikh 27 Oktober 2026 berhubung dengan pembubaran DUN Sarawak Ke-19 sebagaimana termaktub di bawah Perkara 21 (2) Perlembagaan Negeri Sarawak berkuat kuasa pada 26 Oktober 2026.

Katanya berdasarkan Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sarawak, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.

BERITA LAIN

SMK Chung Hua A, AE ungguli Cabaran Lumba Dron

KUCHING: Pasukan SMK Chung Hua A dan AE membuktikan kehebatan dalam pengendalian dron apabila masing-masing menjuarai kategori A dan B pada pertandingan Cabaran Perlumbaan Dron

BERITA TERBARU

Piala Premier Sarawak 2026: Serian mahu bangkit

SERIAN: Penolong pengurus Serian, MD Khuzaimi Iqmar masih menaruh keyakinan tinggi dengan kemampuan pemainnya untuk mencipta kebangkitan pada aksi separuh akhir kedua kempen Piala Premier