ARTIKEL

PRU Thailand: Rakyat mula mengundi Ahad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Rakyat Thailand mula mengundi semalam (Ahad) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang menyaksikan pertempuran sengit dan dijangka boleh mencetuskan pertukaran kerajaan buat kali pertama dalam tempoh hampir sedekad.

Kira-kira 52 juta pengundi, termasuk 3.3 juta pengundi kali pertama berumur 18 hingga 22 tahun, mengundi di 94,775 pusat mengundi di seluruh negara.

Rakyat mula beratur seawal pagi sebelum pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi (waktu tempatan) selepas kempen selama berbulan-bulan berakhir.

Pengundian ditutup 5 petang pada hari yang sama.

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, calon perdana menteri di bawah tiket parti United Thai Nation (UTN) antara yang paling awal mengundi di pusat mengundi di Bangkok, kira-kira 9.10 pagi (waktu tempatan).

“Saya gembira dapat menunaikan hak saya.

Saya harap pengundi yang layak akan keluar mengundi hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand menjangkakan 80 peratus daripada kira-kira 52 juta pengundi yang layak mengundi semalam.

SPR menjangkakan untuk mengeluarkan 95 peratus keputusan tidak rasmi menjelang 11 malam.

Pilihan raya kali ini adalah yang pertama diadakan sejak protes besar-besaran yang diketuai oleh belia pada 2020 dan yang kedua sejak rampasan kuasa tentera pada 2014, menyaksikan penyingkiran kerajaan yang dipilih. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan