ARTIKEL

PRESIDEN PSS... Dato Haji Ismail Abang Saufi

PSS tunggu keputusan mesyuarat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Dato Haji Ismail Abang Saufi memberitahu, pihaknya belum dapat memberi bayangan pelan tindakan susulan untuk pemain skuad sepak takraw lelaki dan wanita ketika ini berhubung kedudukan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang bakal ditangguhkan.

Sebaliknya, menunggu hasil keputusan mesyuarat yang akan diadakan pada 30 April nanti.

“Kita belum dapat memberi bayangan tindakan susulan, memang PSS mempunyai perancangan untuk pemain bagi berdepan sebarang kemungkinan.

“Yang pasti, kita tunggu hasil keputusan mesyuarat pada 30 April nanti,” ujar Dato Haji Ismail yang ditemui pemberita pada sidang media Kejohanan Sepak Takraw Piala PEKEMA Edisi Ke-3 2026 dipejabat PEKEMA Sarawak petang tadi.

Memurut Dato Ismail, ketika ini sesi latihan pemain berjalan seperti biasa mengikut jadual.

“Persatuan tidak akan membuat sebarang perubahan awal terhadap perancangan sedia ada.

Beliau akui, segala perancangan berjalan seperti biasa. Latihan, kebajikan dan semua perkara berkaitan diteruskan seperti biasa.

“Yang menyedihkan kita ialah tentang tempahan tempat tinggal dan sebagainya, andaikata lewat untuk membuat tempatan ia akan menimbulkan masalah lain,” menurutnya.

PSS berdepan cabaran tambahan dalam mengurus pemain dari seluruh negeri, termasuk dari Lawas, Miri, Sarikei dan Betong.

Dalam pada itu, beliau menyatakan, andaikata sah berlaku penangguhan temasya dwitahunan negara itu kelak, ia secara tidak langsung memberi peluang untuk pembangunan lanjut.

Cadangan penangguhan temasya Sukma Selangor 2026 sebelum ini dibangkitkan Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai