Selain sebagai ibadah, dari sudut sains, puasa memiliki banyak manfaat.
Umumnya, selama puasa, seseorang tidak makan atau minum satu hari penuh bermula dari sebelum terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Puasa terbukti memiliki banyak manfaat bagi kesihatan, bermula dengan penurunan berat badan hingga kesan kepada fungsi otak menjadi lebih baik.
Berikut manfaat puasa menurut sains.
1. Mengurangkan gangguan insulin:
Puasa dianggap sangat berguna bagi mereka yang berisiko diabetes.
Faktanya, salah satu penelitian yang dilakukan terhadap 10 orang dengan diabetes tahap dua menunjukkan puasa berselang hari jangka pendek yang dilakukan secara signifikan dapat menurunkan kadar gula darah.
2. Membantu melawan jangkitan:
Kajian menunjukkan puasa dapat membantu mengurangkan tingkat radangan yang mungkin terlibat dalam perkembangan penyakit kronis, seperti penyakit jantung, kanser dan atritis reumatoid.
Kajian mendapati berlaku kesan penurunan radangan, ketika orang berpuasa selama 12 jam sehari selama sebulan.
Manfaatnya berguna mengubati radangan, seperti sklerosis berbilang.
3. Meningkatkan kesihatan jantung:
Mengubah pola makan dan gaya hidup menjadi cara paling efektif untuk mengurangi risiko penyakit jantung.
Salah satu penelitian mengungkapkan, puasa lapan minggu secara bergantian dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat dan trigliserida jahat masing-masing sebesar 25 hingga 32 peratus.
4. Mencegah gangguan sel saraf:
Meskipun penelitian sebahagian besar dilakukan terhadap haiwan, tetapi dalam beberapa kajian mendapati puasa memberi kesan kuat untuk kesihatan otak.
Kajian pada haiwan mendapati puasa dapat melindungi kesihatan otak dan meningkatkan pembentukan sel saraf untuk membantu meningkatkan fungsi kognitif.
5. Meningkatkan metabolisme tubuh:
Dengan membatasi pengambilan jumlah kalori, puasa dapat meningkatkan metabolisme tubuh.
Beberapa penelitian juga mendapati puasa jangka pendek dapat meningkatkan kadar “neurotransmitter norepinefrin” yang dapat meningkatkan penurunan berat badan.
Bahkan, dikatakan puasa sepanjang hari dapat mengurangi berat badan sehingga 9 peratus dan secara signifikan mengurangi lemak tubuh selama 12-24 minggu.
6. Tingkatkan sekresi pertumbuhan hormon:
Antara aspek kesihatan yang diperoleh dari berpuasa ialah ia bermanfaat bagi pertumbuhan hormon yang merupakan sejenis hormon protein penting untuk aspek kesihatan manusia.
Penelitian menunjukkan hormon kunci ini terlibat dalam pertumbuhan, metabolisme, penurunan berat badan dan kekuatan otot.
7. Sebagai antipenuaan panjang umur:
Kajian mendapati, tikus yang berpuasa setiap hari mengalami tingkat penuaan tertunda dan usia hidup 83 peratus lebih lama berbanding tikus yang tidak berpuasa.
8. Mencegah kanser:
Penelitian pada haiwan menunjukkan puasa bermanfaat bagi pengubatan dan pencegahan kanser.
Puasa bergantian dikatakan dapat membantu merencat pembentukan tumor.



