ARTIKEL

PUBG MOBILE disahkan sebagai salah satu acara berpingat dalam saingan e-sukan Sukan SEA Ke-34 Malaysia 2027 yang bakal berlangsung di Kuching, Sarawak.

PUBG Mobile sah acara berpingat Sukan SEA 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peminat e-sukan bakal menyaksikan persaingan jaguh Asia Tenggara apabila PUBG Mobile disahkan sebagai salah satu acara berpingat pada Sukan SEA Ke-34 Malaysia 2027 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak.

Pengesahan itu dibuat selepas Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) meluluskan 13 acara berpingat e-sukan daripada keseluruhan 473 acara melibatkan 43 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya dwitahunan berkenaan.

Menerusi pengumuman rasmi, PUBG Mobile Malaysia turut mengajak peminat e-sukan tempatan memberikan sokongan kepada wakil negara yang bakal beraksi di Bumi Kenyalang.

PUBG Mobile akan dipertandingkan dalam kategori berpasukan lelaki terbuka, sekali gus menawarkan peluang kepada pasukan negara untuk memburu pingat dalam acara berkenaan.

Selain PUBG Mobile, saingan e-sukan turut merangkumi Mobile Legends: Bang Bang, Honor of Kings, Arena of Valor, Identity V, eFootball serta perlumbaan simulasi.

Daripada keseluruhan 13 acara berpingat, 11 diperuntukkan bagi kategori lelaki, manakala dua lagi melibatkan kategori wanita menerusi Mobile Legends: Bang Bang dan Honor of Kings.

Jumlah itu meningkat berbanding Sukan SEA 2025 di Thailand yang mempertandingkan enam acara berpingat e-sukan.

Sarawak menjadi salah satu daripada empat kluster utama penganjuran Sukan SEA 2027, selain Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor, sekali gus meletakkan Kuching sebagai antara lokasi tumpuan temasya berkenaan.

Berdasarkan maklumat portal rasmi Sukan SEA 2027 Kluster Sarawak, Hotel Imperial Kuching disenaraikan sebagai lokasi pertandingan e-sukan, manakala jadual terperinci acara masih belum diumumkan.

Penganjuran itu turut memberi peluang kepada pemain tempatan menyaksikan secara dekat pertandingan bertaraf antarabangsa, selain menyaksikan persaingan pasukan terbaik dari 11 negara Asia Tenggara.

Sebelum ini, Sarawak turut memperkukuh pembangunan sukan elektronik menerusi pelbagai kejohanan dan program pembangunan bakat, termasuk Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) yang dijadual berlangsung pada 13 hingga 15 November ini.

Sukan SEA Ke-34 Malaysia 2027 dijadual berlangsung dari 18 hingga 29 September tahun depan, dengan Sarawak turut menjadi lokasi upacara pembukaan temasya berkenaan.

BERITA LAIN

PJ Reds sasar ke separuh akhir

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak sempena Festival LFC Se-Borneo Edisi Ke-10 2026 akan berlangsung di Lahad Datu, Sabah pada Sabtu dan Ahad ini. Jika kebanyakan pasukan

BERITA TERBARU

Program Penulis Muda SeDidik hasilkan lebih 1,000 karya

KUCHING: Lebih 1,000 karya berjaya dihasilkan menerusi Program Penulis Muda SeDidik sepanjang tiga tahun pelaksanaannya, membuktikan kanak-kanak mempunyai potensi besar dalam bidang penulisan yang perlu