ARTIKEL

Puji tindakan Malaysia tidak penjara pesalah PKP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR:  Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) mengalu-alukan tindakan pihak berkuasa Malaysia memberikan respons terhadap kebimbangan penggunaan hukuman penjara sebagai hukuman pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia berikutan permintaan Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar supaya hukuman penjara dihentikan ke atas mereka yang tidak mematuhi PKP kerana kemasukan mereka ke dalam penjara mungkin mencetuskan wabak COVID-19 di dalam penjara.

Delegasi Serantau ICRC dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan ia adalah suatu penyelesaian yang baik dan sejajar dengan pendirian global ICRC mengenai isu kesesakan di pusat tahanan dan risiko tambahan jangkitan kepada tahanan.

“Oleh sebab itu, penghantaran lebih ramai orang ke penjara, hanya akan menyimpang dari tujuan asal PKP, iaitu, untuk menghentikan penyebaran COVID-19,” jelas kenyataan itu.

Polis mengeluarkan kompaun RM1,000 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit terhadap mereka yang mengingkari PKP mulai semalam.

ICRC juga memaklumkan pihaknya mendermakan bahan perlindungan dan kebersihan seperti penutup hidung dan mulut, sabun dan pencuci tangan untuk kakitangan serta tahanan di semua penjara dan Pusat Tahanan Imigresen serta Pusat Tahanan Sementara di seluruh negara.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha