ARTIKEL

Pukul Warga Emas Sehingga Maut, Tiga Ahli Keluarga Ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Tiga individu termasuk seorang lelaki dan dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai dipukul sehingga maut di sebuah rumah di sini. 

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata suspek berusia 28 hingga 34 tahun itu mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an.

“Hari ini, polis menerima laporan berkenaan satu video tular menerusi TikTok memaparkan seorang lelaki warga emas berusia 60-an didapati didera oleh beberapa individu dan telah meninggal dunia semalam. 

“Susulan itu, polis menjalankan siasatan, sebelum menahan tiga individu tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alzafny berkata polis turut merampas beberapa barang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu, termasuk getah paip, sebuah kerusi roda, telefon bimbit dan pakaian. – BERNAMA

BERITA LAIN

Miliki Pil Nospan, Lelaki Didenda RM4,000


KUCHING: Seorang lelaki dari Kedah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana memiliki nospan seberat 3.51

BERITA TERBARU

Penyokong The Cats tetap setia beri sokongan

KUCHING: Kesetiaan penyokong menjadi pembakar semangat Kuching City FC untuk bangkit daripada tiga kekalahan berturut-turut menjelang aksi penting menentang Gangwon FC dalam saingan Kumpulan H