ARTIKEL

Penyokong The Cats tetap setia beri sokongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesetiaan penyokong menjadi pembakar semangat Kuching City FC untuk bangkit daripada tiga kekalahan berturut-turut menjelang aksi penting menentang Gangwon FC dalam saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha Ariffin, malam ini.

Beraksi di gelanggang sendiri dijangka memberikan kelebihan kepada skuad The Cats memberikan tentangan sengit kepada kelab dari Korea Selatan itu.

Malah, pemain Kuching City, Filemon Anyie semalam menyeru penyokong hadir beramai-ramai ke stadium bagi meningkatkan motivasi pasukan dalam usaha memburu kemenangan pertama dalam saingan ACL2.

Pertemuan dijadualkan bermula 8.15 malam bukan sekadar misi memburu tiga mata, malah peluang buat The Cats membalas kepercayaan penyokong yang terus berdiri teguh bersama pasukan di pentas Asia.

Kesetiaan peminat terbukti apabila seramai 5,545 penonton hadir menyaksikan aksi pertama Kuching City di laman sendiri menentang Kitchee SC dari Hong Kong pada 15 Oktober lalu.

Sokongan padu itu turut menyaksikan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak meraih mata pertama selepas mencatat keputusan seri 1-1, sekali gus membuktikan komitmen peminat bola sepak Sarawak terhadap pasukan berkenaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir menyaksikan perlawanan itu bersama ribuan penyokong yang tidak putus-putus memberikan sorakan sepanjang 90 minit permainan.

Kini, The Cats sekali lagi memerlukan sokongan padu penyokong bagi menghadapi cabaran Gangwon selepas tewas tipis 0-1 kepada kelab itu dalam pertemuan pertama di Stadium Gangneung, Korea Selatan pada 29 Oktober lalu.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Kuching City belum mencatat kemenangan dalam tiga aksi Kumpulan H dan hanya mengumpul satu mata hasil keputusan seri menentang Kitchee.

Cabaran pasukan turut bertambah apabila beberapa tonggak utama dibelenggu kecederaan, selain perlu mengharungi jadual padat menjelang aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Selangor FC, Ahad ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KPM tidak kurangkan waktu pengajaran tiga bahasa

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengekalkan 12 waktu pengajaran seminggu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil menerusi pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027