ARTIKEL

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan Majlis Pimpinan Jawatankuasa Baharu PH negeri Pulau Pinang 2026 di Wisma DAP.

Pulau Pinang mula gerak jentera awal hadapi PRU16

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menubuhkan tiga jawatankuasa baharu sebagai persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata jawatankuasa berkenaan melibatkan Jawatankuasa Manifesto Pilihan Raya yang diketuai Zairil Khir Johari, Jawatankuasa Penerangan oleh Lee Boon Heng dan Jawatankuasa Mobilisasi diketuai Zahar Zainul.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan jentera parti termasuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan pilihan raya serta menangani isu peratusan keluar mengundi yang rendah.

Menurut Bernama, PH Pulau Pinang turut mengumumkan barisan baharu Majlis Pimpinan negeri bagi penggal 2024/2026 dengan Chow kekal sebagai pengerusi bersama tiga timbalan pengerusi daripada PKR, DAP dan Amanah.

Menurut Chow, kerjasama antara parti komponen PH negeri akan terus diperkukuh bagi memastikan kesinambungan pentadbiran, pembangunan negeri serta kesiapsiagaan jentera akar umbi menjelang PRU16.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU