ARTIKEL

SERI ISKANDAR, 16 Nov -- Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Tun Abdul Taib (dua, kiri) bergambar bersama para jemputan yang menghadiri Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2023 Wilayah Utara di Universiti Teknologi Petronas hari ini. Turut hadir, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kanan), Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Mohamad Haris Kader Sultan (kanan) dan Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib (kiri). --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pupuk aktiviti ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERI ISKANDAR: Kawasan koridor ekonomi seperti Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menjadi jambatan penting dalam menghubungkan bandar dan luar bandar, memupuk aktiviti ekonomi selain memudahkan pembangunan luar bandar.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata sebagai agensi pelaksana pembangunan NCER, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) melaksanakan infrastruktur strategik dan pembangunan modal insan bagi menarik pelaburan berkualiti yang memberi kesan besar ke atas pertumbuhan NCER.

Katanya, itu termasuk secara asasnya menumpukan objektif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Sebagai contoh, projek pembangunan semula Pusat Pelancongan EkoRimba Lata Kinjang, Perak berjaya menaikkan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di kampung berdekatan menerusi tawaran peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Model pembangunan Lata Kinjang yang terbukti berjaya ini dikembangkan bagi projek-projek lain seperti pembangunan komuniti di kawasan kurang membangun dan projek pembangunan kawasan sempadan di NCER,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2023: Wilayah Utara di sini, semalam.

Menjelaskan selanjutnya, Hanifah Hajar berkata Kementerian Ekonomi turut menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengintegrasikan SDG ke dalam dasar pembangunan nasional. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU