ARTIKEL

Pupuk sahsiah murid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEKOLAH Rendah Islam Al Amin Miri menganjurkan Kem Perkhemahan Dakhili pada 17 hingga 18 April lalu, dengan penyertaan murid bagi membentuk jati diri serta memupuk nilai murni dalam kalangan peserta.

Sepanjang program berlangsung, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah, antaranya latihan kawad kaki bagi memupuk disiplin, aktiviti ikhtiar hidup untuk meningkatkan daya tahan serta kemahiran menghadapi cabaran dan sesi memasak secara berkumpulan yang menguji semangat kerjasama.

Selain itu, program tersebut turut memberi penekanan terhadap pembangunan sahsiah dan kepimpinan.

Peserta didorong untuk berani mencuba, bekerjasama dalam kumpulan serta berdikari di luar bilik darjah.

Nilai seperti toleransi, tanggungjawab dan komunikasi berkesan turut diterapkan sepanjang aktiviti dijalankan.

Menurut pihak penganjur, objektif utama penganjuran kem ini adalah untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan rohani, selaras dengan aspirasi pendidikan negara untuk membentuk generasi berdaya tahan dan berakhlak mulia.

Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan kepada semua guru, fasilitator serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program berkenaan.

Program itu diharapkan dapat memberikan pengalaman bermakna kepada para peserta serta menjadi panduan berguna dalam kehidupan seharian mereka pada masa hadapan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU