ARTIKEL

Datuk Hasbi Habibollah (dua kiri) menyerahkan plak bantuan MyLesen B2 Parlimen Miri kepada seorang pemohon yang layak.

Purata 19-20 kematian berlaku sehari dalam nahas jalan raya di Malaysia pada 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Trend semasa kemalangan maut akibat nahas jalan raya di Malaysia pada ketika ini telah mencatatkan kadar 6,000 kematian setahun atau 19-20 kematian sehari.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata demikian setelah melihat kadar kemalangan maut akibat nahas jalan raya di Malaysia pada tahun 2023.

Ia mencatatkan peningkatan yang ketara, iaitu hampir 10 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.

“Statistik yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2023 adalah sebanyak 6,024 kes berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan sebanyak 5,671 kes.

“Daripada jumlah kemalangan tersebut, sebanyak 4,489 kes adalah kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal.

“Bagi Sarawak pula, kadar kemalangan maut adalah sebanyak 378 kes dan sebanyak 198 kes adalah melibatkan penunggang motosikal,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Bantuan MyLesen Kelas B2 Parlimen Miri di sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan sentiasa komited dalam memastikan pengguna jalan raya diberi peringatan dan kesedaran tentang keperluan mengamalkan penunggangan berhemah dan budaya pematuhan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.

Jelasnya, ia bermatlamat menurunkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut.

Perkara tersebut dapat diterjemah melalui program advokasi keselamatan jalan raya, sama ada melalui program kempen, sesi libat urus bersama pemegang taruh mahupun sesi advokasi bersama penduduk tempatan.

Sementara itu, katanya, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) juga telah mengumumkan Program Khas Peralihan Lesen Kelas B1/B2 kepada Kelas B yang dibuka kepada umum mulai 1 Oktober lalu.

“Melalui program ini, individu yang memegang Lesen Memandu Malaysia Kelas B1/B2 secara aktif untuk tempoh minimum selama 10 tahun, dan bebas daripada senarai hitam JPJ dan PDRM serta tunggakan saman, layak untuk memohon.

“Bayaran yang dikenakan untuk mengikuti program tersebut hanya sebanyak RM160 sahaja, iaitu bagi menampung kos operasi yang terlibat di Institut Memandu,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha