ARTIKEL

Peserta bergambar kenangan beramai-ramai.

PUSAKA Pacu Pertumbuhan Industri Perkayuan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) mengukuhkan komitmen menyokong pertumbuhan dan ketahanan industri perkayuan dengan menampilkan pelbagai inisiatif baharu serta penambahbaikan peraturan semasa Majlis Kemas Kini Industri 2025.

Majlis tersebut menghimpunkan wakil agensi kerajaan, persatuan industri dan para pemain sektor perkayuan yang berkongsi visi untuk memperkukuh dan memperkasakan industri ini secara mampan.

Pengurus Besar PUSAKA, Zainal Abidin Abdullah berkata, kesemua peserta terdiri dalam kalangan perwakilan pelbagai agensi seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Harwood Timber serta persatuan seperti Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA), Persatuan Industri Perabot Sarawak (SFIA) dan PERBUMI.

“Kita mahu memastikan semua pihak dalam industri perkayuan—terutama perusahaan kecil dan sederhana, mendapat maklumat terkini tentang keperluan peraturan, program insentif yang tersedia serta perkembangan baharu yang boleh menyokong dan meningkatkan pertumbuhan mereka,” ujarnya.

Antara sorotan utama majlis ialah pengenalan Sistem Kawal Selia dan Pematuhan Industri Kayu (TRACE), sebuah platform pelesenan industri perkayuan secara dalam talian yang dilancarkan pada Oktober 2023.

TRACE berjaya mempermudah proses permohonan Lesen Industri Perkayuan (TIL) termasuk bayaran secara dalam talian, dan akan terus dipertingkatkan bagi memperbaik penyampaian perkhidmatan.

Zainal turut menegaskan bahawa PUSAKA komited untuk terus menambah baik perkhidmatan demi manfaat industri, dan ini hanyalah permulaan.

Satu lagi pencapaian penting yang diumumkan ialah kelulusan dasar penubuhan kilang dalam kawasan Hutan Tanaman Berlesen (LPF).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU