ARTIKEL

Suhaili (dua kiri) mengagihkan bubur asyura kepada warga PMU sempena Program Sambutan Maal Hijrah, baru-baru ini.

Pusat Islam PMU satukan komuniti melalui aktiviti berteraskan nilai murni, kerohanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pusat Islam Politeknik Mukah (PMU) menganjurkan pelbagai aktiviti berteraskan nilai murni dan kerohanian sebagai usaha menyemai semangat kebersamaan dan memperkukuh nilai keislaman dalam kalangan warganya, baru-baru ini.

Menurut kenyataan PMU, antara pengisian utama program termasuklah aktiviti memasak bubur asyura secara bergotong-royong.

KERJASAMA… Aktiviti memasak dan menyediakan bubur asyura dalam program tersebut dilaksanakan secara gotong-royong.

“Ini melibatkan semua lapisan warga PMU seperti pelajar, staf serta kakitangan sokongan.

“Aktiviti ini bukan sahaja menyemai nilai murni, malah menjadi wadah untuk menyatukan komuniti PMU melalui amalan bantu-membantu dan keprihatinan,” katanya.

KERJASAMA… Aktiviti memasak dan menyediakan bubur asyura dalam program tersebut dilaksanakan secara gotong-royong.

Selain itu, turut diadakan kuliah maghrib bertajuk ‘Hijrah Membawa Hikmah’ disampaikan oleh Ustaz Muhammad Najmi Rohaizat Mohd Nazri.

Dalam kuliah tersebut, beliau menekankan konsep hijrah sebagai satu perjalanan transformasi diri ke arah yang lebih baik dari segi rohani dan akhlak.

Sementara itu, Pengarah PMU Suhaili Aleh yang hadir sama dalam kuliah tersebut berharap agar aktiviti seperti ini dapat dijadikan pemangkin kepada pembentukan budaya positif dalam PMU.

“Semoga ia bukan sekadar program, tetapi membina kesedaran dan tekad dalam diri setiap warga PMU untuk berubah ke arah yang lebih baik, demi kecemerlangan bersama,” ujarnya.

Justeru, inisiatif yang dilaksanakan ini mampu membina suasana harmoni dan penghayatan rohani lebih mendalam melalui pendekatan sederhana, namun penuh makna.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peranak Bukit Saban nerima pala tanah

SPAOH: Bisi 350 peranak sitak Bukit Saban diatu berasai lantang lebih nerima Surat Pala Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak. Surat pala tanah nya meri