ARTIKEL

Adzmiral Nawi (dua kiri) beramah mesra dengan klien PUSPEN ketika proses membuat biskut raya dan muruku baru-baru ini untuk dinikmati bersama ahli keluarga mereka pada Hari Raya Aidilfitri.

PUSPEN Kota Bharu bakal komersialkan maruku Jun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU, Kelantan: Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kota Bharu akan memasarkan pelbagai jenis maruku di pasaran tempatan menerusi program Sokongan Untuk Kepulihan Anda (SUKA) yang akan dilaksanakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada Jun depan.

Pengarahnya, Adzmiral Nawi, berkata produk maruku dipilih kerana kudapan itu sangat dekat dengan pilihan pengguna tanpa mengira agama dan kaum, terutamanya ketika menyambut perayaan masing-masing, malah pembuatannya juga sangat mudah serta tidak memerlukan banyak tenaga.

Beliau berkata antara jenis maruku yang dipasarkan nanti adalah maruku bintang, maruku leper, maruku telur masin serta maruku keju, dan harga dijual pula bergantung kepada jenis maruku bermula dari harga RM20 hingga RM30 sebekas. 

“Kita ketika ini sedang rancang untuk pasarkan produk ini dengan melihat potensi dalam pasaran dan untuk permulaan kita beri kepada keluarga klien rasa maruku ini terlebih dahulu semasa mengadakan lawatan sempena perayaan Aidilfitri.

“Apabila mendapat maklum balas daripada keluarga, kita akan buat promosi pula menerusi platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok untuk menarik perhatian masyarakat di luar dan mana-mana pihak yang mahu kolaborasi serta bantu kami untuk memasarkan produk ini,” katanya kepada BERNAMA baru-baru ini.
 
Adzmiral berkata produk yang dihasilkan 100 peratus oleh klien serta dibantu oleh beberapa petugas PUSPEN dapat memberi pendedahan awal kepada mereka tentang cara memproses makanan ini dan memberi manfaat untuk mengusahakannya apabila dibebaskan sekali gus dapat menjana pendapatan.

Katanya, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat maruku juga mudah didapati di pasaran seperti tepung beras, tepung gandum, telur dan marjerin, malah masa yang diambil untuk siap juga tidak terlalu lama.

“Setakat ini, PUSPEN Kota Bharu mempunyai 33 klien lelaki berusia 21 tahun ke bawah dan rata-rata mereka hadir ke pusat ini secara sukarela untuk menjalani fasa pemulihan selepas terjebak dengan dadah.

“Alhamdulillah, saya lihat mereka sangat gembira ketika buat maruku ini dan mudah faham ketika diajar malah ada dalam kalangan klien ini mahu jual maruku apabila bebas nanti,” katanya. – BERNAMA

Adzmiral Nawi

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The