ARTIKEL

123 peserta menjayakan program pembersihan pantai anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Miri yang berlangsung di Pantai Marina

Pustaka Miri galak komuniti jaga kebersihan pantai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebanyak 703 kilogram sampah berjaya dikumpul dalam program pembersihan pantai anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Miri yang berlangsung di Pantai Marina, baru-baru ini.

Menurut kenyataan Pustaka Negeri Sarawak, program tersebut merupakan salah satu aktiviti bersempena Seminar Sarawak Lestari Siri 3 2025 dan disertai 123 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk wakil agensi kerajaan, institusi pendidikan, sekolah serta komuniti setempat.

“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai serta ekosistem marin.

Ia juga menggalakkan penglibatan komuniti, terutamanya golongan muda, dalam aktiviti sukarelawan serta memupuk nilai sivik dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta,” menurut kenyataan itu.

Penganjuran program ini selaras dengan komitmen Pustaka dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim, SDG 14: Kehidupan di Lautan, SDG 15: Kehidupan di Darat, dan SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat.

“Inisiatif ini turut memperkukuh kerjasama strategik antara Pustaka, agensi kerajaan, institusi pendidikan serta masyarakat awam dalam menjayakan agenda kelestarian alam sekitar di Sarawak.

Pustaka turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program, khususnya Pantai Bayu Sdn Bhd dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) atas sokongan berterusan,” tambah kenyataan itu lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Pustaka Miri melalui talian 085-422525 atau media sosial rasmi mereka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peranak Bukit Saban nerima pala tanah

SPAOH: Bisi 350 peranak sitak Bukit Saban diatu berasai lantang lebih nerima Surat Pala Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak. Surat pala tanah nya meri