ARTIKEL

Pustaka Negeri Sarawak jemput ibu bapa fahami punca anak lambat bercakap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai khususnya ibu bapa dijemput untuk menghadiri sesi Reading Seeds yang diadakan secara langsung esok (4 Mei) bagi mengupas topik Anak Lambat Bercakap.

Pustaka Negeri Sarawak berkata, inisiatif tersebut dilakukan untuk menjawab persoalan yang sering diajukan oleh ibu bapa mengenai perkembangan anak mereka yang lambat bercakap.

“Pertanyaan yang sering diajukan seperti adakah ia normal apabila anak di usia 2 tahun tetapi masih belum bercakap dan anak di usia 3 tahun, masih bercakap sepatah-sepatah.

“Bukan itu sahaja, ibu bapa turut risau bila waktunya mereka perlu risau apabila anak lambat bercakap, punca anak lambat bercakap dan bagaimana ibu bapa boleh membantu anak mereka bercakap di rumah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sesi Reading Seeds tersebut akan disampaikan oleh Pakar Terapi Bercakap dari Pusat S&Z Terapi, Ipoh Perak, Siti Sarah melalui tiga platform dalam talian iaitu aplikasi Zoom, Youtube dan Facebook Pustaka Negeri Sarawak.

Sesi tersebut akan berlangsung selama sejam bermula pada jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi dan penyertaan adalah percuma.

Orang ramai yang ingin mengikuti sesi Reading Seed itu boleh mendaftar melalui pautan https://www2.pustaka-sarawak.com/…/index-event.php….

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan pegawai serata Pustaka Negeri Sarawak Nurfatini Apandi di talian 082-442000.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan