ARTIKEL

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Pustakawan ejen transformasi sosial, penggalak budaya membaca – Aaron

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Pustakawan bukan sekadar penjaga bahan bacaan tetapi juga berfungsi sebagai ejen transformasi sosial, pemudah cara maklumat dan penggalak kepada budaya membaca yang inklusif, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Sempena Hari Pustakawan yang disambut hari ini, beliau berkata golongan itu memainkan peranan penting dalam pembinaan negara bangsa dan pembudayaan nilai murni selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembentukan masyarakat berilmu, bersatu padu serta berbudaya tinggi.

“Kecemerlangan sesebuah negara bergantung kepada tahap keilmuan dan kesatuan rakyatnya. Justeru, peranan pustakawan adalah sangat strategik dalam menyemai semangat cintakan ilmu, membina sahsiah masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan negara secara holistik,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Aaron berkata Hari Pustakawan bukan sahaja mengiktiraf sumbangan besar golongan itu malah mengangkat profesion tersebut sebagai pemacu utama pembangunan masyarakat berasaskan ilmu pengetahuan.

Beliau berkata kini terdapat 1,149 pustakawan di Malaysia dengan 148 daripadanya di Perpustakaan Negara, perpustakaan awam negeri (139), perpustakaan komuniti (1), perpustakaan khusus (210) dan perpustakaan akademik (651).

Menurut Aaron, Kementerian Perpaduan Negara juga amat menghargai komitmen para pustakawan dalam menjayakan Dekad Membaca Kebangsaan 2021-2030 yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030.

“Usaha ini memerlukan keterlibatan aktif semua pihak dan para pustakawan berada di barisan hadapan dalam mendorong tabiat membaca, memperkasa literasi digital serta membina masyarakat celik maklumat,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke