ARTIKEL

Kredit: Bernama

Putera Mahkota Arab Saudi puji pasukan keselamatan atas kejayaan Haji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MINA (Arab Saudi): Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman berkenan memuji kecekapan pasukan keselamatan dan para petugas kerajaan atas usaha gigih mereka dalam memastikan kelancaran dan keselamatan ibadah Haji, menerusi penglibatan lebih 213,000 anggota dari pelbagai sektor.

Dalam titah yang disampaikan bagi pihak Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mohammed bin Salman bertitah bahawa Arab Saudi akan terus mengutamakan keselesaan dan keselamatan jemaah melalui perkhidmatan bersepadu serta komitmen institusi yang utuh.

“Beta berkenan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha berterusan yang telah dicurahkan oleh tuan-tuan, para petugas dalam pelbagai sektor kerajaan, serta para sukarelawan lelaki dan wanita yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan demi memastikan para jemaah dapat menunaikan ibadah mereka dengan aman dan tenteram,” titah baginda semasa majlis sambutan Aidiladha di Istana Diraja Mina.

Baginda bertitah bahawa kejayaan berterusan dalam pengurusan Haji mencerminkan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh kerajaan dalam memberikan khidmat kepada Dua Masjid Suci dan para pengunjungnya.

“Beta memohon kepada Allah SWT agar terus melimpahkan keamanan dan keselamatan kepada kita, serta menganugerahkan kejayaan kepada beta untuk meneruskan amanah yang agung ini dengan sebaik-baiknya,” titah baginda.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif, Mufti Besar, para ulama, menteri-menteri, pegawai Majlis Kerjasama Teluk (GCC), serta para komander sektor keselamatan dan ketenteraan yang terlibat dalam operasi Haji tahun ini.

Pengarah Keselamatan Awam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Haji, Leftenan Jeneral Mohammad bin Abdullah Al-Bassami, turut menzahirkan penghargaan atas sokongan dan pelaburan kerajaan dalam operasi Haji.

Beliau memaklumkan bahawa seramai 213,323 anggota keselamatan dan tentera telah dikerahkan bagi melaksanakan pelan keselamatan Haji yang dirangka di bawah titah Raja dan Putera Mahkota.

Al-Bassami turut menegaskan bahawa semua pelan keselamatan dilaksanakan berasaskan protokol yang terperinci dan disokong oleh teknologi canggih, termasuk pemantauan masa nyata dan penilaian risiko berasaskan data bagi menjamin keselamatan para jemaah.

Beliau turut mengiktiraf peranan Menteri Dalam Negeri, Gabenor Makkah dan Madinah, serta jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan koordinasi dan mutu perkhidmatan. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan