PELAKON muda Puteri Balqis, 17, tidak menyangka loghat British dirinya menjadi bualan warganet.
Puteri Balqis atau Aqish memaklumkan, semasa kecil dia belajar loghat British melalui platform YouTube dan ibunya selalu membelikan buku Inggeris untuknya.
Katanya, sesetengah warganet menganggap bertutur bahasa Inggeris dengan loghat British adalah sombong.
“Orang anggap bahasa Inggeris ini bongkak, tidak… ia sebenarnya pendidikan.
“Pendidikan sangat penting dalam pekerjaan kini yang memerlukan seseorang itu berbahasa Inggeris.
“Takkan nak pergi Sepanyol cakap Melayu,” katanya memetik media tempatan.





