ARTIKEL

PVATM Sarawak terima sumbangan RM50,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sarawak.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia sebagai langkah kepada usaha persatuan dalam memainkan peranan penting khususnya membantu kebajikan bekas angkatan tentera di negeri ini.

Katanya, PVATM telah memainkan peranan penting dalam memberi peringatan akan sumbang bakti atau segala perkhidmatan yang telah mereka curahkan.

“Walaupun nilai RM50,000 itu dilihat besar namun, jika dibandingkan dengan sumbangan yang telah dicurahkan oleh mereka nilai itu adalah kecil,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian persidangan perwakilan tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Sarawak yang ke-63 di hotel Penview, semalam.

Dalam pada itu katanya, satu pasukan dari Jabatan Kerja Raya akan dihantar bagi membuat penilaian terhadap bangunan pusat utama PVATM di Kuala Lumpur.

Menurutnya, penilaian akan dibuat dari konteks penyelenggaraan setelah mendapat maklum bahawa bangunan terbabit sudah lama ditubuhkan semenjak tahun 1972.

Majlis turut disertakan dengan penyerahan Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) kepada lima penerima yang terdiri daripada Lt Kol Monday Juhid (bersara), Elli Jalak, Vincent Tharuman Maniam, Zulkifli Ayup, dan Noki Ngujung.

Pingat tersebut diserahkan sendiri oleh Presiden PVATM Kapten Datuk Sharuddin Omar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU