ARTIKEL

Que Haidar

Que Haidar serah soal jodoh kepada tuhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON Que Haidar dilihat berasa kurang selesa terhadap tindakan segelintir individu yang cuba menekannya untuk melakukan perkara yang tidak ditentukan olehnya sendiri.

Artis yang kini tular dengan panggilan ‘Jamil’ itu mencetuskan sensasi selepas mengeluarkan kenyataan mengenai usahawan dan aktres, Fazura, ketika mengadakan siaran langsung di TikTok.

Kisahnya bermula selepas Que Haidar mempersoalkan komen daripada seorang individu yang menggesanya untuk memberi emas kepada Fazura.

“Kenapa saya kena beli emas untuk Fazura?

Saya beli untuk bakal isteri saya dan kita tak tahu siapa bakal isteri sebenar saya.

Entah-entah yang di ruangan komen ini.

Korang memang menekan betul,” katanya.

Que Haidar seterusnya menegaskan bahawa beliau kurang selesa apabila ditekan seperti itu, sambil memberitahu bahawa beliau menyerahkan sepenuhnya urusan jodoh kepada Tuhan.

“Kadang-kadang saya tak suka orang mengatur hidup saya.

Saya menyerahkan segalanya kepada Allah,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan majoritinya berpendapat bahawa Que Haidar sekadar melayani kerenah peminat yang bersiaran langsung dengannya.

Mereka menganggap jawapan yang dikeluarkan oleh Que Haidar sekadar melayani peminat dan tidak mempunyai sebarang unsur tidak puas hati, sebaliknya lebih kepada hiburan semata-mata.

Namun, tidak kurang juga yang menganggap serius jawapan Que Haidar dan menyatakan agar pelakon itu lebih berhati-hati ketika berkata-kata.

“Dia sepatutnya pandai bertapis apabila memberi respons kerana dialah yang secara terbuka memberi Fazura bunga, memberi kepada anaknya serta bercakap dengan rakan dan ibunya.

“Peminat sudah mempercayai bahawa dia memang mahu berkenalan secara romantik.

Bergurau pun perlu bijak.

Sekarang peminat sudah berkecil hati dan salah faham,” tulis salah seorang netizen.

Terdahulu, Que Haidar dan Fazura bergandingan sebagai duta jenama pakaian tempatan terkenal.

Keserasian mereka berdua mendapat perhatian peminat dan rata-rata menyukai gandingan mereka.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU