ARTIKEL

JUARA EDISI PERTAMA...Pemain pasukan Queen Dielovesie selaku juara merakam gambar bersama Encik John Ilus (tengah) dan barisan Exco SFA pada majlis penyampaian hadiah. - FOTO FAIZAL BUJANG

Queen Dielovesie juara edisi pertama liga bola sepak wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Pasukan Queen Dielovesie mencipta sejarah tersendiri muncul juara Karnival Liga Bola Sepak Wanita Bahagian Serian 2024.

Kelab yang berpangkalan di Entikong, Kalimantan Barat itu menumpaskan N.22 Kedup dengan kemenangan tipis (2-1) pada aksi final yang berlangsung di Kompleks Sukan Serian petang semalam.

Bintang sensasi Queen Dielovesie, Kurniyawati yang turut menerima wang tunai RM200 keseluruhan selepas diumum sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dan penjaring terbanyak (9 gol) muncul wira buat kem kendalian Khairul Anas s.Pd (ketua jurulatih) apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan minit ke-37.

Salam keadaan rakannya yang juga ketua pasukan, Tiara Sabni Hidayah yang berjaya menjaringkan gol penyamaan minit ke-32.

Begitupun, penggempur berpengalaman N.22 Kedup, Nor Azizah Isa terdahulu meletakkan pasukannya di depan menerusi gol dijaringkannya pada minit ke-9.

Kejayaan itu membolehkan pemain pasukan Queen Dielovesie
membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta piala dan pingat.

Sambil wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat diterima pemain pasukan N.22 Kedup selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan
D’Samarahan dan KEPSUS yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM500 beserta piala dan pingat salaku pemenang tempat ketiga bersama.

Pasukan TBS 23 pula diumum sebagai penerima Anugerah Pasukan Terbaik dan menerima wang tunai RM150 dan piala.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, Encik John Ilus.

Hadir sama Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu dan MD Haical Abdullah serta barisan exco lain.

Kejohanan dua hari (22- 23 Jun) yang merupakan edisi pertama itu dianjur oleh SFA dan menghimpunkan 12 pasukan handalan.

Selain lima pasukan tersenarai terbabit,
tujuh lagi pasukan yang turut serta ialah BB Ladies, N21 Tebedu, YGG Sporting Merau, Grace CBF dan SDSD FC, LKBMB dan RWSFC.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP