ARTIKEL

Qulai Pizza sediakan program pembelajaran kanak-kanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KULAI: Bermula daripada permintaan ibu bapa, aktiviti membuat piza di Qulai Pizza kini berkembang menjadi program pembelajaran untuk kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang.

Menurut Bernama pemiliknya, Mohd Shahril Aman, 49, berkata Fun Class Pizza bermula sekitar 2022 selepas ibu bapa meminta anak mereka diberi peluang membuat piza sendiri.

Program yang semakin mendapat sambutan itu dijalankan pada sebelah pagi, terutama ketika cuti sekolah, dan melibatkan proses menyediakan serta menguli doh, menghias, membakar piza menggunakan dapur batu dan menikmati hasil tangan sendiri.

Menurut Shahril, aktiviti itu bertujuan membina keyakinan dan kemahiran motor kanak-kanak serta mengajar mereka bahawa sesuatu yang diinginkan memerlukan usaha, selain turut disertai kanak-kanak berkeperluan khas termasuk autisme, sindrom Down dan palsi serebrum.

Qulai Pizza yang dimulakan Shahril ketika pandemik COVID-19 di Kampung Pertanian kini berkembang daripada tiga kepada kira-kira 15 jenis piza, termasuk perisa tempatan seperti asam pedas Muar, otak-otak, rendang dan sambal bilis, selain menerima pelanggan dari seluruh Malaysia serta pelancong dari beberapa negara.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU